Tinjauan Tentang Pengetahuan, Penerimaan Dan Kekangan Pelancong Terhadap Perkhidmatan Hotel Patuh Syariah di Malaysia

Authors

  • Mohammad Azizol Aziz Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia
  • Mohamad Saifudin Mohamad Saleh Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/jkob.vi.2192

Abstract

Abstrak
Pelancongan Islam sememangnya berkembang pesat di Malaysia dan salah satu produk dalam pelancong Islam yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan adalah hotel patuh syariah. Hotel patuh syariah merupakan konsep pengurusan perhotelan yang bercirikan Islam seperti menawarkan makanan dan minuman halal, menyediakan Al-Quran, sejadah, arah kiblat dalam bilik, pemisahan antara bilik lelaki dan perempuan yang belum berkahwin dan transaksi kewangan berdasarkan syariah. Perkhidmatan hotel patuh syariah adalah penting untuk memenuhi keperluan pelancong khususnya pelancong Muslim tempatan dan luar negara seperti negara Timur Tengah. Mengambil kira kepentingan penawaran perkhidmatan hotel patuh syariah, kajian ini telah dilaksanakan untuk mengkaji pengetahuan, penerimaan dan kekangan pelancong terhadap perkhidmatan hotel patuh syariah di Malaysia. Tinjaun secara dalam talian telah dilakukan terhadap 306 orang responden di Malaysia. Hasil tinjauan mendapati bahawa majoriti daripada responden tahu tentang ciri-ciri hotel patuh syariah dan majoriti daripada mereka juga menerima prinsip-prinsip hotel patuh syariah. Walau bagaimanapun, majoriti daripada responden adalah tidak pasti dengan kekangan yang boleh dihadapi daripada perkhidmatan hotel ini di Malaysia. Lebih menarik lagi, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa majoriti daripada responden tidak bersetuju bahawa pemisahan bilik antara pelancong lelaki dan perempuan adalah kekangan untuk mendapatkan perkhidmatan dalam hotel patuh syariah. Dapatan kajian ini secara keseluruhannya amat penting untuk dijadikan sebagai panduan bagi pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pengusaha hotel dalam melakukan penambahbaikan terhadap hotel-hotel patuh syariah sedia ada di negara ini.

Published

2019-12-31
Total Views: 476 | Total Downloads: 911