Pengaruh Budaya dalam Antuka Masyarakat Iranun di Daerah Kota Belud

Authors

  • Asmiaty Amat Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
  • Lokman Abdul Samad Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
  • Dayang Uziah Harapan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jkob.vi.2196

Abstract

Masyarakat Iranun yang menempati daerah Kota Belud, Sabah memiliki folklor, termasuklah antuka atau teka-teki. Antuka masyarakat Iranun sangat unik dan masih diluncurkan oleh penduduk di beberapa buah kampung di daerah Kota Belud. Kajian lapangan berupa pemerhatian dan temu bual dilakukan di beberapa buah kampung di Kota Belud, iaitu Kampung Rampayan Laut, Kampung Rampayan Ulu, Kampung Pantai Emas, Kampung Payas-payas dan Kampung Tamau. Kajian ini menganalisis antuka dengan memberi pengkelasan tema dan menganalisisnya menggunakan kaedah fenomenologi Schutz. Kajian mendapati bahawa antuka mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan budaya dan tingkah laku masyarakat Iranun. Perkaitan antara puisi rakyat dan budaya yang dilaksanakan masyarakat Iranun terpancar menerusi antuka yang dihasilkan masyarakat tersebut. Budaya yang terpancar dalam antuka memaparkan identiti kehidupan masyarakat Iranun serta melambangkan sistem pemikiran dan norma dalam kehidupan masyarakat ini sendiri.

Published

2019-12-31
Total Views: 333 | Total Downloads: 1149