Model Kewartawanan yang Ideal untuk Konteks Malaysia – Mengimbangi Ilmu Kewartawanan Barat dengan Kewartawanan Islam

Authors

  • Kuok Tiung Lee Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
  • Siti Suriani Othman Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Liana Mat Nayan Fakulti Industri Kreatif, Universiti Tunku Abdul Rahman

DOI:

https://doi.org/10.51200/jkob.vi.2455

Abstract

Makalah ini bertujuan membincangkan sebuah rangka teoritikal berkaitan model kewartawanan yang ideal sesuai dengan konteks Malaysia yang unik sebagai sebuah negara sekular. Ini penting mengambilkira Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang rakykatnya terdiri daripada masyarakat pluralistik yang berbilang kaum dan agama. Tiga tekanan paling besar yang terpaksa dihadapi kewartawanan di Malaysia ialah penularan fenomena globalisasi, kemunculan mendadak portal-portal berita alternatif menerusi Internet dalam mediaskap baharu Malaysia, dan hegemoni media Barat. Asas kepada perbincangan ini diambil daripada idea-idea model kewartawanan yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana seperti Siebert et al. (1956), Rugh (1987), H.M. Tuah Iskandar (1990), Skjerdal (2008), Mowlana (1996), Elliot (2002), Eickelman dan Anderson (2003), Khiabany (2003), Mellor (2005), Berenger (2005), Seeram (2006), Iskandar (2007), dan beberapa lagi sarjana kewartawanan yang membincangkan tentang model kewartawanan. Premis model kewartawanan Barat pada asasnya berteraskan kepada kebebasan dan berorientasikan keuntungan manakala asas kepada kewartawanan Islam berpandukan kepada prinsip-prinsip Islam dan penekanan pandangan-pandangan Islam tentang peranan media seperti menyeru kepada kebaikan, membuat makruf, menghindar yang mungkar, dan seruan media menjadi muraqqib serta muhasabah kepada kerajaan. Melalui perbandingan kedua-dua model, analisis ini cuba mencadangkan sebuah model kewartawanan yang ideal sesuai dengan realiti konteks Malaysia yang penting mengambilkira pertimbangan meminimakan tekanan-tekanan pasaran, pihak yang berkepentingan, selain memastikan tiada mana-mana pihak dalam masyarakat pluralistik Malaysia yang dipinggirkan mahupun tertindas oleh apa yang disarankan.

Published

2020-06-22
Total Views: 1408 | Total Downloads: 2347