Pembinaan Model Pemberitaan Islam di Malaysia

Authors

  • Siti Suriani Othman Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Kuok Tiung Lee Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
  • Liana Mat Nayan Fakulti Industri Kreatif, Universiti Tunku Abdul Rahman

DOI:

https://doi.org/10.51200/jkob.vi.2462

Abstract

Keperluan mengkaji proses sosial dalam konteks tempatan adalah penting termasuklah bidang komunikasi. Persoalan sama ada wujud keperluan menjana pengetahuan baharu mengikut konteks sesebuah negara yang mengambil kira norma dan budaya tempatan menjadi penting berikutan sebahagian besar pengetahuan dalam pelbagai bidang kajian hari ini lebih dekat dengan nilai-nilai Barat yang ada-kalanya dilihat tidak sensitif dengan nilai-nilai lokal. Dalam bidang kewartawanan, kajian empirikal dan penjelasan tentang proses pemberitaan khusus kepada sesebuah negara mula dipergiat untuk menjana pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu proses tersebut. Dalam masa yang sama, wujud pandangan terhadap keperluan membina sesuatu model yang berlandaskan objektif dan nilai-nilai Islam meskipun ada juga pandangan yang sebaliknya. Idea ini timbul bukan atas dasar majoriti rakyat Malaysia beragama Islam tetapi berasaskan kepercayaan nilai-nilai murni yang dibawa dalam ajaran Islam boleh dijadikan prinsip asas kewartawanan. Dalam erti kata lain, penyepaduan dua sistem pendidikan untuk menggabungkan sistem pendidikan Islam dengan sekular untuk mengembangkan kurikulum yang lebih komprehensif dan moden. Dengan itu, kertas kerja ini cuba membincangkan kedua-dua pandangan, dengan menjuruskan perbincangan dan menghujahkan bahawa pengetahuan berbentuk lokal adalah lebih berguna dan bermakna dalam menggagahi pelbagai bentuk transformasi sosial dan perkembangan ilmu di abad 21 ini.

Published

2020-06-22
Total Views: 509 | Total Downloads: 520