Kehormatan dan Maruah dalam Ngayau II Karya Amil Jaya

Authors

  • Rosmah Derak Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Asmiaty Amat Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Nor Ain Manap Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jkob.vi.2518

Abstract

Kehormatan atau harga diri menjadi intipati utama yang cuba dipaparkan oleh Amil Jaya dalam novel Ngayau II. Novel ini merupakan novel keempat yang ditulis oleh Amil Jaya atau Ismail Abbas selepas Cerah, Ngayau dan Bagaton. Ngayau II terbit pada tahun 2015 merupakan rentetan kisah ngayau yang berlaku di Sarawak tetapi latarnya lebih memfokuskan tradisi ngayau yang berlaku di Sabah suatu masa dahulu. Makalah ini menggunakan kaedah analisis teks menggunakan pendekatan kehormatan oleh Ali Jarishah (1990). Menurut Ali Jarishah, terdapat tujuh jenis kehormatan, iaitu kehormatan darah, harta benda, maruah, perpecahan, kezaliman, wanita dan amanah. Berdasarkan kajian ini, didapati terdapat empat jenis kehormatan yang terdapat dalam novel ini, iaitu kehormatan mempertahankan darah (nyawa), kehormatan harta benda, kehormatan mempertahankan maruah serta kehormatan wanita. Masyarakat peribumi khususnya etnik Bajau berusaha untuk mempertahankan kehormatan dan maruah mereka daripada diganggu gugat oleh lanun dan etnik Dayak yang sering mengganggu ketenteraman kampung mereka.

Published

2020-08-03
Total Views: 700 | Total Downloads: 898