KAJIAN PENGGUNAAN PORTAL BERITA DALAM KALANGAN REMAJA DI SABAH
NEWS PORTAL USAGE AMONG TEENAGERS IN SABAH
DOI:
https://doi.org/10.51200/jkob.vi.3249Abstract
Penggunaan portal berita dalam kalangan remaja di Sabah merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji khususnya melihat pola penggunaan portal berita yang semakin berkembang. Kajian ini mempersembahkan pola kegunaan dan kepuasan portal berita dengan menggunakan survei ke atas 367 remaja yang terdiri dari etnik Kadazandusun, Bajau, Murut, Melayu dan Cina berpandukan teori kegunaan dan kepuasan (U&G). Hasil dapatan kajian mendapati keperluan utama yang mendorong remaja Sabah mengakses portal berita ialah keperluan kognitif, penyepaduan sosial dan penyepaduan diri. Data juga menunjukkan remaja kerap menggunakan portal berita untuk pembelajaran, pencarian maklumat dan hiburan. Sementara itu, kepuasan yang paling tinggi diperolehi remaja ialah sifat mudah portal berita itu sendiri, kepuasan pengawasan dan kepuasan interaktiviti. Dalam fenomena kaya media hari ini portal berita sentiasa memainkan peranan penting dan diterima dengan baik dalam kalangan remaja di Sabah khususnya.
News portal usage among teenagers in Sabah is an intriguing subject to study as the news portal industry in Sabah itself has tremendously bloomed. This study presents finding from a survey conducted of 367 teenagers (Kadazandusun, Bajau, Murut, Melayu and Chinese) concerning their pattern of news portal usage based on uses and gratifications (U&G) theory. Findings found that cognitive, social and personal integrative needs are most important in news portal usage among Sabahan youngsters. In addition, these data found that news portal are used primarily as learning, information searching and entertainment. Meanwhile, the highest gratifications derived are convenience, surveillance and interactivity. This study conclude that in a media rich environment, the news portal has consistently played an important role and is well accepted among teenagers in Sabah.