FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI KADAR KEMALANGAN DI SEKTOR PEMBINAAN: SATU TINJAUAN LITERATUR

CRITICAL FACTORS AFFECTING ACCIDENT RATES IN THE CONSTRUCTION SECTOR: A LITERATURE REVIEW

Authors

  • Noor Syakirah Zakaria Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Firdaus Bin Mazulkepli Pengamal dan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO)

DOI:

https://doi.org/10.51200/jkob.vi.3286

Abstract

Sektor pembinaan merupakan sektor yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara seperti menyediakan peluang pekerjaan serta perniagaan dalam kalangan masyarakat setempat. Walau bagaimanapun sektor pembinaan juga tidak terkecuali mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi di tempat kerja. Berdasarkan laporan dan kajian-kajian lepas, sektor pembinaan merupakan salah satu sektor yang paling tinggi mencatatkan kadar kemalangan di seluruh dunia. Kemalangan yang sering berlaku di sektor pembinaan melibatkan pelbagai jenis kecederaan sehinggakan menyebabkan kematian. Situasi ini memberikan implikasi negatif bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga pihak organisasi. Motivasi pekerja serta prestasi pekerja akan terjejas sekiranya kadar kemalangan yang tinggi dicatatkan di tempat kerja. Manakala, pihak organisasi pula berdepan dengan implikasi kewangan untuk membayar pampasan serta nama baik organisasi terjejas ekoran kemalangan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk meninjau dan menganalisis kajian-kajian lepas berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kemalangan di tempat kerja di sektor pembinaan. Pemahaman terhadap faktor-faktor ini dapat membantu semua pihak berkepentingan termasuklah pekerja, majikan, pihak pengurusan, organisasi, kontraktor, subkontraktor serta pihak-pihak lain yang berkepentingan untuk memahami lagi mengenai faktorfaktor yang boleh mempengaruhi kemalangan di sektor pembinaan.Hasil penelitian terhadap kajian-kajian lepas menunjukkan terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi kemalangan di tempat kerja iaitu faktor kepimpinan, faktor pengurusan dan organisasi, faktor pekerja dan faktor sumber. Berdasarkan dapatan tersebut, maka semua pihak perlu bergandingan untuk memastikan tempat kerja di sektor pembinaan akan lebih selamat dan kondusif untuk semua pihak.

 

The construction sector contributes to the economic development of any country through providing employment and business opportunities among the local community. However, the construction sector is no exception to record a high rate of accidents at work. Based on reports and previous studies, the construction sector is recorded as one of sectors with the highest accident rate in the world. Accidents that often occur in the construction sector involve various types of injuries and for certain cases resulting in death. This situation has negative implications not only for the employees but also for the organization. Employee motivation as well as employee performance will be affected if high accident rates are recorded in the workplace. Meanwhile, the organization is faced with financial implications to pay compensation and the reputation of the organization affected by the accident. Therefore, this article aims to review and analyze past studies particularly the factors influencing the rate of
accidents at work in the construction sector. An understanding of these factors can help all stakeholders including employees, employers, management, organizations, contractors, sub-contractors and others to further understand the factors that can affect accidents in the construction sector. The result reveals that there are four main factors that influence accidents in the workplace namely leadership factors, management and organizational factors, employee factors and resource factors. Based on the findings, all parties need to work together to ensure that the workplace in the construction sector will be safer and conducive for all parties.

Author Biographies

Noor Syakirah Zakaria, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Malaysia Sabah




Mohd Firdaus Bin Mazulkepli, Pengamal dan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO)


 

Published

2021-06-30
Total Views: 1724 | Total Downloads: 5435