ISU DAN PENDEFINISIAN SEMULA DIGITAL POVERTY DALAM PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PENYELIAAN (PPDP) SECARA ATAS TALIAN

ISSUES AND THE REDEFINITION OF “DIGITAL POVERTY”IN ONLINE TEACHING, LEARNING AND SUPERVISION (TLS)

Authors

  • Syahruddin Hj. Ag. Ahmad Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • Sitinurbayu Mohd. Yusof Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • Aisah Meri Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • Cyril Modili Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jkob.vi.3289

Abstract

Pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) berdepan cabaran getir apabila pelajar Universiti khususnya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpaksa berada di rumah atau lokaliti masing-masing bagi menjayakan sesi kuliah, tutorial dan penyeliaan berbanding sebelum era pandemik covid-19. Kajian kuantitatif yang melibatkan 285 orang pelajar yang terdiri daripada 53 orang siswa dan 232 orang siswi di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dijalankan menerusi edaran borang soal selidik secara pautan borang Google berpandukan pengkalan data seramai 3600 orang residen dalam kalangan pelajar pra siswazah di Kolej Kediaman Tun Pengiran untuk memastikan seseorang mahasiswa itu dapat menamatkan pengajiannya secara sempurna. Data kajian ini mendorong penyelidik untuk mengemukakan syor definisi baharu bagi istilah "digital poverty" yang tidak terhad kepada pemilikan gajet semata-mata tetapi juga masa, ruang dan sokongan moral ke atas pelajar untuk terlibat secara optimum dalam perancangan pengajian yang disediakan oleh Universiti menerusi pensyarah masing-masing. Ruang belajar yang sesuai sebagai tempat pelajar terlibat aktif dan konsisten dalam PPdP ini juga menuntut kerjasama ahli keluarga sebagai sebahagian daripada persekitaran yang kondusif bagi menyokong keperluan menjayakan PPdP yang berkenaan. Kajian ini juga membawa satu anjakan paradigma baharu daripada pemahaman bahawa "digital poverty" hanya terpakai kepada takrif ketiadaan gajet dan kualiti akses internet dalam kalangan pengguna kepada satu definisi baharu iaitu kekurangan daripada segi material, ketercapaian isyarat rangkaian internet dan ketersediaan tempat yang sesuai untuk sesi PPdP. Pendefinisian semula "digital poverty" dalam konteks Malaysia amnya dan Sabah khasnya ini membawa bersama perspektif baharu tentang peranan manusia dan teknologi digital sebagai saling berkaitan antara satu sama lain.

 

Teaching, learning and supervision (TLS) faces daunting challenges when University students, especially at Universiti Malaysia Sabah (UMS) have to be at home or in their respective localities to succeed in lectures, tutorials and supervision sessions compared to before the covid-19 pandemic era. A quantitative study involving 285 students consisting of 53 students and 232 female students at the Tun Pengiran Ahmad Raffae Residential College (TPARRC) was conducted through the distribution of questionnaires by Google form link based on a database of 3600 residents among undergraduate students in Tun Pengiran Ahmad Raffae Residential College to ensure that a student can complete his studies perfectly. The data of this study prompted researchers to recommend a new definition for the term "digital poverty" which is not limited to the ownership of gadgets alone but also time, space and moral support for  students to participate optimally in study planning provided by the University through their lecturers. -each. A suitable study space where students are actively and consistently involved in (TLS) also requires the cooperation of family members as part of a conducive environment to support the need for the success of (TLS). The study also brings a new paradigm shift from the understanding that "digital poverty" only applies to the definition of the absence of gadgets and quality of internet access among users to a new definition of lack of material, internet network signal accessibility and availability of suitable venues for (TLS) sessions. The redefinition of “digital poverty” in the context of Malaysia in general and Sabah in particular brings with it a new perspective on the role of human beings and digital technology as interconnected with each other.

Author Biographies

Syahruddin Hj. Ag. Ahmad, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah



Aisah Meri, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah



Cyril Modili, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah



Published

2021-06-30
Total Views: 1343 | Total Downloads: 1749