FAKTOR-FAKTOR PENCEROBOHAN NELAYAN ASING: PERSPEKTIF EKONOMI DALAM ANALISIS TEORI PILIHAN RASIONAL

FOREIGN FISHERMEN’S ILLEGAL FISHING FACTORS: AN ECONOMIC PERSPECTIVE IN THE ANALYSIS OF RATIONAL CHOICE THEORY

Authors

  • Astri M Fadzli
  • Dayang Suria Hj Mulia
  • Syahruddin Awang Ahmad

Keywords:

Nelayan asing, Perikanan haram, Jenayah rentas sempadan, Komuniti Perikanan

Abstract

Perikanan haram, tidak mematuhi peraturan dan tidak dilaporkan ataupun diketahui sebagai Illegal, Unreported, And Unregulated (IUU) Perikanan telah menyebabkan kerugian sumber laut dunia berjumlah 11 ke 26 juta tan setahun, bersamaan dengan nilai 10 sehingga 23 billion United State Dollar (USD). Pelaku perikanan IUU menyasarkan negara yang mempunyai penguatkuasaan maritim yang lemah untuk mengeksploitasi hasil laut dan membuat pemindahan hasil perikanan ke pelabuhan asing. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan faktor-faktor berlakunya aktiviti perikanan perikanan dengan mengaplikasikan Teori Pilihan Rasional oleh James Coleman (1986) mengkhusus kepada perspektif ekonomi. Pelaku kepada perikanan IUU dalam artikel ini adalah merujuk kepada nelayan asing yang mempunyai kepentingan untuk menyertai ekonomi pasaran bebas bertujuan memenuhi tawaran dan permintaan dalam industri perikanan. Untuk menghasilkan makalah ini, penyelidik membuat kajian literatur data sekunder, dimana data dianalisis, dikod mengikut tema, dan seterusnya disintesis untuk menghasilkan tinjauan literatur yang komprehensif. Hasil analisis data mendapati, bersesuaian dengan teori pilihan rasional, faktor utama berlaku perikanan IUU adalah disebabkan oleh manfaat ekonomi hasil daripada aktiviti perikanan yang dijalankan. Subsidi wang dan minyak yang diberikan oleh kerajaan juga mendorong nelayan asing melakukan perikanan IUU diperairan negara serantau secara haram. Tambahan pula, perikanan IUU berlaku kerana nelayan berusaha meminimakan kos perlesenan dan dokumentasi. Hal ini kerana, kelulusan perlesenan memerlukan nelayan mematuhi piawaian seperti berbelanja peralatan keselamatan, radar dan jaket keselamatan yang memerlukan kos yang tinggi. Ketiadaan lesen ini memberi manfaat secara langsung kepada mereka untuk mengelak daripada membayar cukai hasil daripada penangkapan ikan. Rentetan itu juga, kegiatan perikanan IUU adalah satu cara menutup sindiket jenayah maritim seperti penyeludupan manusia dan dadah, ini merupakan mekanisma mereka mengukuhkan perniagaan disamping menjalankan aktiviti perikanan semata-semata.

Author Biographies

Astri M Fadzli

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Dayang Suria Hj Mulia

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Syahruddin Awang Ahmad

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

 

Published

2023-06-30
Total Views: 419 | Total Downloads: 221