ANALISIS HUBUNGAN SPATIAL JENAYAH KECURIAN KENDERAAN DAN FAKTOR PENDORONG: SATU KAJIAN LITERATUR

Authors

  • Teddismond Anak Nyanggai
  • Oliver Valentine Eboy

Keywords:

Sistem Maklumat Geografi (GIS), Hubungan Spatial, Kes Kecurian Kenderaan, Faktor Kes Kecurian Kenderaan

Abstract

Dalam konteks negara Malaysia, jenayah harta benda adalah penyumbang kepada utama kepada indeks jenayah negara. Oleh itu, kertas kerja ini ingin mengkaji penggunaan Geography Information System (GIS) secara literatur berdasarkan kajian-kajian lepas dalam mengenalpastikan hubungan spatial antara kes kecurian kenderaan dengan faktor pendorongnya. Aplikasi GIS merupakan sebuah aplikasi yang mampu untuk digunakan dalam mengenalpasti kawasan berisiko tinggi berlakunya kes kecurian kenderaan serta mempunyai kebolehan dalam mengenalpasti faktor yang signifikan dalam mendorong berlakunya kes kecurian kenderaan. Peta-peta kawasan tumpuan atau hotspot yang dihasilkan boleh menjadi penilaian yang cepat kepada para pembuat keputusan misalnya pihak polis untuk membuat langkah-langkah penjagaan yang sesuai bagi mengatasi kes kecurian kenderaan yang berlaku. Akhir sekali, diharapkan kertas kerja ini dapat menyumbang kepada penerokaan penggunaan GIS dalam bidang geografi terutamanya penggunaan GIS dalam ilmu disiplin geografi jenayah. Kajian literatur ini turut membincangkan penggunaan GIS dalam menganalisis hubungan spatial kes kecurian dengan faktor pendorongnya berdasarkan kajian-kajian lepas di dalam Malaysia mahupun di luar negara.

Author Biographies

Teddismond Anak Nyanggai

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Oliver Valentine Eboy

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Published

2023-06-30
Total Views: 355 | Total Downloads: 266