PENILAIAN TERHADAP KUALITI AIR TUAIAN HUJAN DI CAMERON HIGHLANDS, MALAYSIA

Authors

  • Roslaini Abdul Jalil
  • Nordin Sakke
  • Adi Jafar
  • Norcikeyonn Samuni

Keywords:

Air tuaian hujan, Indeks Kualiti Air (IKA), Parameter pH & SS

Abstract

Pembukaan Cameron Highlands sebagai kawasan pelancongan sejak tahun 1888 telah menyebabkan kawasan ini terus menjadi tumpuan pelancong. Pembukaan kawasan industri, pelancongan, penempatan, pembandaran serta kawasan pertanian yang meningkat dengan mendadak jelas memberikan tekanan terhadap landskap fizikal dan mendatangkan pelbagai impak khususnya kepada alam sekitar, tidak terkecuali di kawasan seperti Cameron Highlands ysng merupakan kawasan pertanian. Pelbagai perubahan telah berlaku yang memberikan kesan negatif terhadap kandungan air hujan yang turun sehingga boleh mendatangkan impak yang buruk terhadap kesihatan penduduk yang masih menggunakan air hujan ini dalam kehidupan seharian. Air tuaian hujan dapat ditafsirkan sebagai air hujan yang dikumpul dan ditadah dalam sesuatu bekas untuk kegunaan luaran seperti membasuh dan penyiraman tanaman malah untuk kegunaan dalaman seperti air minuman. Justeru itu, kajian ini akan meneliti dan menilai tahap kualiti air tuaian hujan berdasarkan kepada Indeks Kualiti Air (IKA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Penilaian parameter kualiti air iaitu pH dan Pepejal Terampai (SS) turut dijalankan terhadap sampel air tuaian yang diambil di sekitar kawasan kajian. Pengambilan sampel dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu kawasan bandar, penempatan, dan pertanian. Hasil kajian menunjukkan, kandungan SS yang diperolehi adalah lebih tinggi di kawasan penempatan iaitu sebanyak 16mg/L dengan nilai pH 6. Tambahan lagi, sampel air juga diambil mengikut sela masa 3 minit. Hasilnya, kandungan SS adalah lebih tinggi pada minit ke-9 iaitu sebanyak 21mg/L dengan nilai pH 5. Manakala, sebanyak 70 set borang kaji selidik telah digunakan bagi mendapatkan persepsi dan pandangan penduduk terhadap kualiti air tuaian hujan di kawasan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian penduduk turut berpendapat bahawa peningkatan pembangunan yang dijalankan nyata memberikan kesan yang tidak baik terhadap kualiti air tuaian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati kandungan SS dan pH bagi sampel air hujan kawasan kajian adalah berada dalam lingkungan yang sesuai dan berdasarkan standart yang disyorkan. Justeru itu, PBT perlulah menjalankan pemantauan secara kerap terhadap tahap kualiti sumber air di kawasan kajian supaya tahap kesihatan masyarakat tidak terjelas berikutan masih terdapat segelintir masyarakat yang masih menggunakan air hujan. Tambahan lagi, aspek perancangan pembangunan di Cameron Highlands juga harus dipantau supaya alam sekitar juga dapat dipelihara.

Author Biographies

Roslaini Abdul Jalil

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. 

Nordin Sakke

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. 

Adi Jafar

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. 

Norcikeyonn Samuni

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. 


Published

2023-06-30
Total Views: 392 | Total Downloads: 207