STRATEGI SEMASA BERHADAPAN SITUASI PANDEMIK COVID-19 DALAM INDUSTRI PERHOTELAN DI KOTA KINABALU, SABAH

Authors

  • Muhammad Aiman Danial Abu Bakar
  • Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof

Keywords:

Prestasi organisasi, sektor perhotelan, pandemik COVID-19, Pengurusan Sumber Manusia

Abstract

Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kelangsungan operasi sesebuah organisasi di mana sesetengah organisasi terpaksa menghentikan operasi harian dan mengalami kerugian sehingga terpaksa melakukan pengurangan tenaga kerja. Prestasi organisasi juga turut terjejas akibat pandemik COVID-19. Antara sektor perkhidmatan non-esesstial yang terjejas khususnya adalah industri perhotelan di Malaysia. Di samping itu, organisasi tersebut terpaksa menutup atau menghentikan sementara operasi organisasi ketika di bawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Berdasarkan senario semasa, di mana kertas kajian ini membincangkan dimensi dalam prestasi organisasi dari perpekstif prestasi bukan kewangan dalam organisasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemu-bual dua orang Pengurus Sumber Manusia dalam sektor perhotelan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Hasil dapatan kajian mendapati pihak pengurusan sumber manusia di organisasi hotel tersebut mengunakan pakai ketiga-tiga dimensi prestasi organisasi sebagai indikator kearah perubahan kestabilan selepas mengalami kejatuhan prestasi organisasi ketika (PKP) akibat pandemik COVID-19. Antara langkah-langkah yang diambil oleh organisasi adalah dengan melaksanakan dimensi dalam prestasi organisasi. Dimensi prestasi organisasi dari perpekstif prestasi bukan kewangan yang terdiri daripada tiga (3) dimensi iaitu: kepimpinan, komunikasi dan produktiviti organisasi. Penelitian awal ini memerlukan sokongan teoritikal, bagi melihat sejauh mana hala tuju organisasi dalam mengamalkan pendekatan dimensi prestasi organisasi dalam sesebuah organisasi semasa berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19.

Author Biographies

Muhammad Aiman Danial Abu Bakar

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

 

Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Published

2023-06-30
Total Views: 134 | Total Downloads: 91