PERANAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT DALAM MENINGKATKAN PENGLIBATAN GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA DALAM PERNIAGAAN DIGITAL

Authors

  • Che Su binti Mustafa
  • Haslina binti Halim
  • Jasni bin Ahmad  

Keywords:

Orang Kurang Upaya, teknologi komunikasi dan maklumat, keusahawanan

Abstract

Kertas kerja ini memperkatakan tentang penguasaan kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sebagai salah satu aspek penting dalam membantu golongan orang kurang upaya (OKU) untuk terlibat dalam keusahawanan sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan. Penglibatan dalam keusahawanan merupakan salah satu pilihan yang ada kepada golongan OKU yang berdepan dengan masalah persaingan untuk mendapatkan pekerjaan, isu berkaitan dengan diskriminasi di tempat kerja, halangan fizikal yang tidak membolehkan mereka memenuhi syarat pekerjaan dan sebagainya. Kertas kerja ini adalah merupakan hasil kajian kajian yang dilakukan dalam kalangan 26 orang kurang upaya yang terlibat dalam bidang keusahawanan. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk kualitatif. Data dikumpulkan melalui perbincangan kumpulan fokus. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan yang rendah dalam kalangan golongan OKU kerana beberapa faktor. Namun begitu, golongan OKU yang terlibat dalam bidang keusahawanan mengakui kepentingan untuk kemhiran ICT sebagai salah satu pemangkin kepada keperluan untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan terutama dalam era pandemik. Kertas kerja ini menyumbang kepada polisi berkaitan dengan komunikasi penyertaan dan kumpulan terpinggir.

Author Biographies

Che Su binti Mustafa

Pusat Pengajian Teknologi Multimedia,
Universiti Utara Malaysia

Haslina binti Halim

Pusat Pengajian Teknologi Multimedia,
Universiti Utara Malaysia

Jasni bin Ahmad  

Pusat Pengajian Teknologi Multimedia,
Universiti Utara Malaysia

Published

2023-06-30
Total Views: 531 | Total Downloads: 1792