CABARAN LITERASI MEDIA DIGITAL: PENELITIAN AWAL TERHADAP MISKIN HAID DALAM KALANGAN REMAJA WANITA BAJAU LAUT DI SEMPORNA
DOI:
https://doi.org/10.51200/jkob.v13i1.6520Keywords:
Kemiskinan haid, literasi media digital, Bajau Laut, isu dan cabaran.Abstract
Abstrak Kemiskinan haid merupakan kekangan yang dihadapi oleh individu dari aspek pengurusan haid yang betul dan lebih bersifat sanitari. Semasa proses haid atau ‘datang bulan’ terdapat pelbagai faktor yang menjadi kekangan dalam pengurusan haid seperti kekurangan air bersih dan juga kemudahan untuk memiliki tuala wanita. Sehubungan itu, kajian ini melihat apakah cabaran yang dihadapi oleh golongan remaja wanita dalam kalangan masyarakat Bajau Laut di Semporna, Sabah dari aspek cabaran literasi media digital bagi membolehkan mereka mempelajari dan mempraktikkan teknik pengurusan yang betul untuk penjagaan kendiri mereka. Penelitian ini menggunakan kaedah temu bual secara mendalam terhadap lapan orang informan yang memenuhi kriteria persampelan bertujuan iaitu remaja yang sudah akil baligh dan masih tinggal di dalam Lepa. Dengan menggunakan analisis naratif dan kerangka literasi media digital kajian ini mendapati ekonomi keluarga yang rendah menyebabkan informan tidak berupaya untuk membeli gadget. Keadaan ini mengekang informan dalam mencari informasi berkaitan haid dan pengurusan yang betul, sebaliknya informan lebih bergantung kepada informasi secara fizikal (face to face) daripada NGO atau mana-mana persatuan yang datang memberikan bantuan dan informasi dari keluarga serta rakan. Kajian ini mencadangkan agar semua pihak termasuk pihak kerajaan dan NGO untuk bersama-sama dalam menggembleng tenaga bagi memastikan masalah miskin haid ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah dengan menyalurkan pelbagai medium penyaluran maklumat seperti menyediakan kemudahan booth informasi digital ber
Downloads
Published
Issue
Section

