KAJIAN AWAL SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN GENERATIF DALAM PENDIDIKAN TINGGI

A PRELIMINARY SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW ON THE USE OF GENERATIVE ARTIFICIAL INTELLIGENCE IN HIGHER EDUCATION

Authors

  • Siti Fatimah Saat Kuliyyah of Nursing, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur
  • Norhuda Salleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
  • Fitri Mutia Departemen Informasi dan Perpustakaan, Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia
  • Umi Suhaida Saidin Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jkob.v14i1.8056

Keywords:

Kecerdasan Buatan Generatif, Sorotan Literatur Sistematik, Technology Acceptance Model, Pendidikan Tinggi, Integriti Akademik

Abstract

Teknologi Kecerdasan Buatan Generatif (GenAI) seperti ChatGPT, Perplexity, dan QuillBot semakin meluas digunakan dalam kalangan pelajar dan pendidik di peringkat universiti sejak kemunculannya pada tahun 2022. Penggunaan teknologi ini membawa manfaat kepada proses pembelajaran, tetapi turut menimbulkan isu berkaitan integriti akademik dan etika penggunaan. Oleh itu, kajian awal sorotan literatur sistematik ini dijalankan bagi menyintesis kajian empirikal berkaitan persepsi, penerimaan, manfaat, dan cabaran penggunaan GenAI dalam pendidikan tinggi. Pemilihan artikel mengikut garis panduan PRISMA melalui empat fasa iaitu pengenalpastian, saringan, kelayakan, dan rangkuman, dengan carian dijalankan di pangkalan data Google Scholar menggunakan kata kunci dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Daripada 1,320 artikel yang dikenal pasti, had maksimum 50 artikel ditetapkan berdasarkan ketersediaan teks penuh PDF dalam julat tahun 2023 hingga 2026. Selepas proses kelayakan, hanya 43 artikel disahkan untuk dianalisis. Kesemua 43 artikel ini kemudiannya disintesis menggunakan pendekatan sintesis tematik. Sintesis menghasilkan lima tema utama iaitu i) Kerangka Teori Penerimaan AI; ii) Trend Metodologi; iii) Manfaat GenAI; iv) Cabaran dan Etika; dan v) Kelayakan Akademik. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan GenAI memberi manfaat kepada pembelajaran dalam pendidikan tinggi, namun memerlukan sokongan dasar etika yang jelas dan program literasi AI yang terancang.

Generative Artificial Intelligence (GenAI) technologies such as ChatGPT, Perplexity, and QuillBot have been increasingly widely used among students and educators at the university level since their emergence in 2022. The use of this technology brings benefits to the learning process, but also raises issues related to academic integrity and ethics of use. Therefore, a preliminary review of this systematic literature review was conducted to synthesize empirical studies related to the perception, acceptance, benefits, and challenges of using GenAI in higher education. The selection of articles according to PRISMA guidelines goes through four phases namely identification, screening, qualification, and inclusion, with searches conducted in the Google Scholar database using keywords in English and Malaysian. Out of the 1,320 articles identified, a maximum limit of 50 articles is set based on the availability of full-text PDFs in the 2023 to 2026 year range. After the qualification process, only 43 articles were verified for analysis. All 43 articles were then synthesized using a thematic synthesis approach. The synthesis produced five main themes namely i) AI Acceptance Theory Framework; ii) Methodological Trends; iii) Benefits of GenAI; iv) Challenges and Ethics; and v) Academic Qualifications. The findings of the study show that the use of GenAI benefits learning in higher education, yet requires the support of clear ethical policies and well-planned AI literacy programs.

Published

2026-06-01
Total Views: 26 | Total Downloads: 19