Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum

Authors

  • Sheila Micheal Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jpp.v11i1.4284

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh  minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah di Sabah. Kajian kuantitatif ini mengaplikasikan kaedah tinjauan dan menggunakan borang soal selidik untuk memungut data daripada 492 murid sekolah menengah sebagai sampel. Data tersebut dianalisis menggunakan perisian IBM-SPSS-AMOS 25. Analisis deskriptif menunjukkan minat murid, sokongan ibu bapa, kompetensi guru dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum berada pada tahap tinggi. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan antara minat murid (r=0.114, p<0.05), sokongan ibu bapa (r=0.620, p<0.01) dan kompetensi guru (r=0.263, p<0.01) dengan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. Analisis Laluan SEM menunjukkan bahawa minat murid dan sokongan ibu bapa mempunyai pengaruh yang signifikan. variabel bebas tersebut mampu meramal penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum pada kadar 62%. Menerusi analisis SEM, kajian ini juga berjaya membangunkan satu cadangan model penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum yang menggabungkan variabel bebas tersebut sebagai faktor utama kepada penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. Dapatan-dapatan kajian ini adalah bukti empirikal bahawa penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat ditingkatkan menerusi minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru. Oleh itu, hasil kajian ini diharap boleh menjadi  panduan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sistem pendidikan sekolah menengah dan mampu meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum pada masa yang akan datang.

Published

2023-02-27
Total Views: 3213 | Total Downloads: 4166