Kesan Pembelajaran Berasaskan Masalah Berbantukan Peta Pemikiran Terhadap Motivasi Belajar Mata Pelajaran Ekonomi

Authors

  • Mazren Tikusan Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan Peta Pemikiran (PP) sebagai perancahan melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam pembelajaran mata pelajaran Ekonomi tingkatan empat. Kajian mengunakan kaedah kuasi eksperimen dengan melaksanakan ujian pra dan ujian pasca untuk mengukur motivasi pelajar dalam pembelajaran mata Pelajaran Ekonomi melalui konstruk intrinsik, ekstrinsik. Sampel kajian melibatkan 96 orang pelajar tingkatan empat daripada tiga sekolah menengah iaitu PBMPP (n=32), PBM (n=31) dan kumpulan tradisional (TDR) (n=33). Instrument soal selidik menggunakan instrument Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) (Duncan & McKeachie, 2005) untuk mengukur kesan PBMPP ke atas motivasi pelajar MSQL sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Ujian ANCOVA dan MANCOVA telah dilaksanakan pada ujian pacsa motivasi terhadap pembelajaran Ekonomi dengan menggunakan ujian pra sebagai kovariat. Hasil kajian menunjukkan kaedah PBMPP mengatasi kumpulan PBM dalam konstruk instrinsik, kawalan kepercayaan, efikasi dan nilai tugasan. Begitu juga, kumpulan PBMPP mengatasi kumpulan TDR dalam semua konstruk motivasi yang dikaji. Hasil kajian mencadangkan PBM menggunakan PP sebagai perancahan berkesan meningkatkan motivasi pembelajaran mata pelajaran Ekonomi dalam kalangan pelajar tingkatan empat.

Published

2024-03-29
Total Views: 61 | Total Downloads: 47