Rangsangan Kemahiran Motor Halus dan Kognitif Murid Prasekolah Menggunakan Playdough

Authors

  • AMIZAH Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
  • CHRISTINA ANDIN Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Kajian ini mengkaji keberkesanan kemahiran motor halus dan kognitif kanak-kanak menggunakan aktiviti bermain playdough. Dalam kajian ini, reka bentuk ujian pra-pasca satu kumpulan menggunakan kaedah kuasi-eksperimental telah digunakan.  Kumpulan rawatan terdiri daripada 15 orang murid prasekolah berumur 6 tahun sebagai sampel kajian. Data dikumpul menggunakan prosedur ujian pra, ujian pasca, dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan purata skor kemahiran motor halus daripada 60.53% peratus kepada 89.87% iaitu peningkatan sebanyak 27.47%.  Kemahiran kognitif juga menunjukkan peningkatan purata skor daripada 66.53% kepada 95.20%.  Hasil kajian ini menunjukkan aktiviti bermain playdough memberikan kesan positif kepada perkembangan Kemahiran motor halus dan kongitif kanak-kanak. Oleh yang demikian penggunaan playdough boleh diperluaskan sebagai salah satu aktiviti pembelajaran dalam kelas pendidikan prasekolah.

Published

2024-03-29
Total Views: 73 | Total Downloads: 65