Keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun melalui Kembara Boros Maan (kata kerja)

The effectiveness of the game-based learning approach in the teaching and learning of the Kadazandusun Language through Kembara Boros Maan (verbs)

Authors

  • Norjietta Julita Taisin Fakuti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Tracy Valerian Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Marbella Justine Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Fendi Kamilis Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Norfickry Azield Tajip Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/jpp.v13i1.6801

Abstract

Artikel ini membincangkan inovasi Kembara Boros Maan yang dibangunkan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan kata kerja (boros maan) dalam Bahasa Kadazandusun melalui pendekatan pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning). Inovasi ini menggabungkan elemen gamifikasi, pengembaraan maya, dan teknologi digital bagi memperkaya pengalaman pembelajaran murid. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di Sabah melibatkan 40 orang murid Tahun Lima, yang dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Reka bentuk kuasi-eksperimen digunakan dengan pelaksanaan ujian pra dan pasca, disertai soal selidik dan pemerhatian bagi menilai tahap penguasaan, minat, dan motivasi murid terhadap pembelajaran Bahasa Kadazandusun. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menentukan tahap keberkesanan intervensi. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam penguasaan murid terhadap kata kerja, disertai penglibatan dan motivasi yang lebih tinggi berbanding kaedah pengajaran tradisional. Inovasi ini berpotensi dijadikan model pengajaran bahasa berteraskan budaya tempatan dan teknologi digital di Malaysia.

(This article discusses the innovation of Kembara Boros Maan, developed to enhance pupils’ mastery of verbs (boros maan) in the Kadazandusun language through a game-based learning approach. The innovation integrates elements of gamification, virtual exploration, and digital technology to enrich pupils’ learning experiences. The study was conducted in a primary school in Sabah involving 40 Year Five pupils, divided into an experimental group and a control group. A quasi-experimental design was employed using pre- and post-tests, accompanied by questionnaires and observations to assess pupils’ mastery, interest, and motivation in learning the Kadazandusun language. Data were analysed using descriptive statistics to determine the effectiveness of the intervention. The findings revealed a significant improvement in pupils’ mastery of verbs, along with higher engagement and motivation compared to traditional teaching methods. This innovation demonstrates strong potential as a model for language teaching that integrates local cultural elements and digital technology in Malaysia.)

Published

2025-10-29

How to Cite

Taisin, N. J., Valerian, T., Justine, M., Kamilis, F., & Tajip, N. A. (2025). Keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun melalui Kembara Boros Maan (kata kerja): The effectiveness of the game-based learning approach in the teaching and learning of the Kadazandusun Language through Kembara Boros Maan (verbs). Jurnal Pemikir Pendidikan, 13(1), 27–36. https://doi.org/10.51200/jpp.v13i1.6801
Total Views: 115 | Total Downloads: 62