Pantun sebagai medium pengajaran pendidikan moral: Kajian nilai murni dalam Pantun Pak Nazel untuk sekolah menengah
Pantun as a medium of teaching moral education: An analysis of noble values in Pantun Pak Nazel for secondary schools
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpp.v13i1.6818Abstract
Kajian ini meneliti peranan pantun sebagai medium pengajaran pendidikan moral dengan menganalisis nilai murni yang terkandung dalam Pantun Pak Nazel (Nazel Hashim Mohammad, 2015). Pantun dipilih sebagai teks kajian kerana ia mewakili sebahagian penting daripada warisan sastera Melayu yang menyampaikan nasihat, panduan, dan pengajaran moral, menjadikannya relevan dalam konteks pendidikan masa kini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap enam rangkap pantun terpilih daripada Pantun Pak Nazel yang bertemakan nasihat, semangat, adat, taat, harmonis, dan agama. Analisis dijalankan secara tematik dengan mengenal pasti nilai-nilai murni yang terkandung dalam setiap pantun berpandukan kerangka teori nilai yang diaplikasikan dalam Pendidikan Moral di peringkat sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Pantun Pak Nazel bukan sahaja berperanan sebagai medium hiburan dan ekspresi seni bahasa, tetapi turut menonjolkan fungsinya sebagai wahana pendidikan yang berkesan dalam penyampaian nilai murni kepada pelajar, khususnya nilai kejujuran, tanggungjawab, kerjasama, dan rasa hormat terhadap orang lain. Kajian ini menegaskan bahawa integrasi pantun dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan sumbangan signifikan terhadap pengukuhan teori nilai serta memperkaya pendekatan pedagogi Pendidikan Moral secara kreatif, kontekstual, dan berasaskan budaya. Integrasi ini turut menyokong usaha pelestarian sastera tradisional sebagai sumber pendidikan yang bernilai tinggi dalam pembentukan sahsiah pelajar dan penghayatan nilai murni secara menyeluruh.
(This study examines the role of pantun as a medium for moral education by analysing the moral values embedded in Pantun Pak Nazel (Nazel Hashim Mohammad, 2015). The pantun was selected as the research text because it represents an important part of the Malay literary heritage that conveys advice, guidance, and moral teachings, making it relevant in today’s educational context. This study employs content analysis on six selected pantun stanzas from Pantun Pak Nazel, which encompass the themes of advice, spirit, custom, obedience, harmony, and religion. The analysis was conducted thematically to identify the moral values contained in each pantun, guided by the theoretical framework of values applied in Moral Education at the secondary school level. The findings reveal that Pantun Pak Nazel not only serves as a medium of entertainment and artistic linguistic expression but also highlights its function as an effective educational tool for conveying moral values to students, particularly values such as honesty, responsibility, cooperation, and respect for others. This study affirms that the integration of pantun in the teaching and learning process can make a significant contribution to the reinforcement of value theory while enriching the pedagogical approach to Moral Education in a creative, contextual, and culturally grounded manner. This integration also supports the preservation of traditional literature as a valuable educational resource in shaping students’ character and fostering a holistic appreciation of moral values.)
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Norfickry Azield Tajip, Norjietta Julita Taisin, Robe’ah Yusuf, Shafira Shaqiera Drani

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.



