Hubungan antara amalan hijau dan pengurusan bengkel di Institut Kemahiran Teknikal Kota Kinabalu, Sabah
The relationship between green practices and workshop management at the Kota Kinabalu Technical Skills Institute, Sabah
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpp.v8i1.8252Keywords:
amalan hijau, pengurusan bengkel, Institut Kemahiran Teknikal, green practices, workshop management, Technical Skills InstituteAbstract
Kepesatan dan kemajuan sains, teknologi, dan perindustrian adalah antara penyumbang utama terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar. Kesedaran masyarakat dalam membantu melestarikan alam sekitar harus dipupuk melalui pendidikan dari peringkat awal. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap amalan hijau, tahap pengurusan bengkel dan hubungan antara amalan hijau dengan pengurusan bengkel dalam kalangan tenaga pengajar Institut Kemahiran Teknikal di Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 147 orang responden dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak bagi mewakili populasi tenaga pengajar Institut Kemahiran Teknikal. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif bukan eksperimen yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengumpul data. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data terdiri daripada Soal Selidik Amalan Hijau selidik Pengurusan Bengkel. Indeks kebolehpercayaan kedua-dua instrumen ini ialah .91 dan .93. Analisis data dilakukan dengan menggunakan Program IBM SPSS Statistics version 22.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan hijau dan pengurusan bengkel adalah pada tahap 'Tinggi' (3.87 - 4.17). Selain itu, dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang kuat (r = .71) dan signifikan antara amalan hijau dengan pengurusan bengkel. Dapatan kajian ini dapat memberikan garis panduan untuk membentuk kolaborasi antara pihak Institut Kemahiran Teknikal dengan Industri dalam memantapkan pengetahuan dan penerapan teknologi hijau dan amalan hijau dalam pendidikan kemahiran dan teknikal khususnya.
The rapid development and advancement of science, technology, and industry are among the main contributors to the deterioration of environmental quality. Public awareness of the importance of environmental sustainability should be cultivated through education from an early stage. This study was conducted to identify the levels of green practices and workshop management, as well as the relationship between green practices and workshop management among instructors at the Technical Skills Institute in Kota Kinabalu, Sabah. A total of 147 respondents were selected using random sampling to represent the population of instructors at the Technical Skills Institute. This study employed a quantitative, non-experimental research design using a survey method to collect data. The instruments used to obtain the data consisted of the Green Practices Questionnaire and the Workshop Management Questionnaire. The reliability indices of the two instruments were .91 and .93, respectively. Data were analysed using IBM SPSS Statistics Version 22.0. The findings showed that the levels of green practices and workshop management were high (3.87–4.17). In addition, the findings indicated a strong (r = .71) and significant relationship between green practices and workshop management. The findings provide guidelines for establishing collaboration between the Technical Skills Institute and industry to strengthen knowledge and the application of green technology and green practices in skills and technical education, particularly.
References
Abd Hamid, Y. (1989). Pengurusan workshop. IBS Buku Sdn. Bhd.
Ahmad, J., Mustafa, H., A. Hamid, H., & A. Wahab, J. (2010). Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar. Akademika, 81(3), 103–115. http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/488/5137
Arifin, M. Z. A. (2015). Tahap kesedaran teknologi hijau dalam kalangan guru-guru teknologi kejuruteraan Zon Utara [Tesis Sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Begum, R. A., Siwar, C., Pereira, J. J., & Jaafar, A. H. (2006). A benefit-cost analysis on the economic feasibility of construction waste minimisation: The case of Malaysia. Resources, Conservation and Recycling, 48(1), 86–98.
Friend, G. (2009). The truth about green business (1st ed.). Pearson Education.
Hassan, A. (2015). Hubungan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, komitmen guru terhadap kesediaan mengajar di sekolah rendah daerah Kinabatangan [Tesis Sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Malaysia Sabah.
Jabatan Alam Sekitar. (2014). Amalan industri hijau, pemangkin kelestarian industri. http://www.doe.gov.my/env3/uploads/events/AnugerahIndustri2014/GreenPractices.pdf
Jamian, R., Ab Rahman, M. N., Md Deros, B., & Nik Ismail, N. Z. (2013). Penggabungan konsep 5S dan 3R untuk menambahbaik prestasi alam sekitar syarikat pembuatan PKS ke arah pembangunan lestari. Jurnal Teknologi (Social Sciences), 65(1), 17–28.
Johar, S. R. (2013). Kesedaran teknologi hijau dalam kalangan warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia [Tesis Sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Khalid, A. (2002). Amalan pengurusan bengkel di Sekolah Menengah Vokasional yang telah dinaik taraf: Satu tinjauan [Tesis Sarjana Muda tidak diterbitkan]. Universiti Teknologi Malaysia.
Kollmuss, A., & Agyeman, J. (2002). Mind the gap: Why do people act environmentally and what are the barriers to pro-environmental behavior? Environmental Education Research, 8(3), 239–260. https://doi.org/10.1080/13504620220145401
Konting, M. M. (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa & Pustaka.
Lim, C. H. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kualitatif dan kuantitatif. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
M. Sidin, S. (1998). Monograf organisasi dan pengurusan bengkel. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamad, Z., Yasin, R. M., & Rahman, M. N. A. (2012). Laboratory quality management requirements of engineering at the polytechnics, Ministry of Higher Education Malaysia. Journal of Education and Learning, 6(1), 39–64.
Motebusiness.com. (2009). How your small business can become a green business. https://www.morebusiness.com/green-business/
Morris, J., Marzano, M., Dandy, N., & O'Brien, L. (2012). Theories and models of behaviour and behaviour change. Forestry Commission.
Mostapha, H. (2000). Amalan peraturan keselamatan bengkel di kalangan pelajar 4 SPM kejuruteraan awam/jentera elektrik/kemahiran hidup di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai: Satu tinjauan [Tesis Sarjana Muda tidak diterbitkan]. Universiti Teknologi Malaysia.
Newble, D., & Cannon. (1989). Teaching practical and laboratory classes. Asian Education and Training, 23, 18–21.
Selamat, K., Minghat, A. D., & Buhari, N. (2010). Tahap kesediaan pelajar-pelajar kursus binaan bangunan terhadap keselamatan di dalam bengkel: Satu tinjauan di tiga buah Sekolah Menengah Teknik di negeri Johor [Tidak diterbitkan]. Universiti Teknologi Malaysia.
Wan Ana, W. A. (2013). Amalan 5S dalam pengurusan bengkel kemahiran hidup di Sekolah Menengah Teknik Johor [Tesis Sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Teknologi Malaysia.
Watson, A. (2013). Reduce, reuse, recycle: Green technologies and practices at work. Beyond the Numbers, 2(7). Bureau of Labor Statistics.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2017 Nunik Wahida Mohd Nuryamin, Crispina Gregory K. Han

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.



