Hubungan antara beban tugas dengan stres guru kolej vokasional di negeri Sabah
The relationship between workload and teacher stress among vocational college teachers in Sabah
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpp.v9i1.8259Keywords:
beban tugas, kolej vokasional, stress guru, workload, vocational college, teacher stressAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh beban tugas terhadap stres guru Kolej Vokasional di negeri Sabah. Responden kajian terdiri daripada guru-guru Kolej Vokasional di negeri Sabah. Seramai 371 responden telah dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif bukan eksperimen yang menggunakan kaedah tinjauan. Beban tugas guru diukur menggunakan instrumen soal selidik Teacher Stres Inventory dan Self Report Teacher Stres. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 21. Dapatan kajian berdasarkan nilai skor min beban tugas dan stres guru adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara beban tugas dengan stres. Implikasi dapatan kajian menunjukkan kefahaman tentang stres dalam kalangan guru membolehkan mereka dapat menilai dan melihat dalam diri mereka sendiri, tujuan dan matlamat sebenar hidup mereka. Di samping itu juga guru-guru di Kolej Vokasional dapat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal supaya sentiasa kuat berhadapan dengan perubahan dalam sistem pendidikan semasa, beban tugas yang semakin mencabar dan kepelbagaian karenah pelajar masa kini.
This study aimed to identify the influence of workload on stress among Vocational College teachers in the state of Sabah. The respondents consisted of Vocational College teachers in Sabah. A total of 371 respondents were selected using simple random sampling. This study employed a quantitative, non-experimental research design using a survey method. Teachers’ workload was measured using the Teacher Stress Inventory and Self-Report Teacher Stress questionnaire instruments. The data were analysed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 21. The findings showed that the mean scores for workload and teacher stress were at a moderate level. The study also found a moderate, positive, and significant relationship between workload and stress. The implications of the findings indicate that understanding stress among teachers enables them to evaluate and reflect on their own lives, including their true purposes and goals. In addition, Vocational College teachers can prepare themselves mentally and physically to remain resilient in facing changes in the current education system, increasingly challenging workloads, and the diverse behaviours and needs of today’s students
References
Abdul Said Ambotang, & Muhamad Hisyam Mohd Hashim. (2011). Hubungan iklim kerja dan stres dalam pengurusan bilik darjah dalam kalangan guru prasekolah. Journal of Techno-Social, 2(2), 69–81.
Abdul Said Ambotang, Norazizah Pilus, & Christina Andin@Nur Qistina Abdullah. (2014). Hubungan karenah pelajar dan beban tugas dengan tahap stres guru di sekolah menengah. Journal of Social Science and Humanities, 20, 103–124.
Abdul Wahid Nuruddin. (1996). Stres pekerjaan di kalangan guru: Satu kajian kes [Tesis B. Ed]. Universiti Utara Malaysia.
Shimazu, A., Okada, Y., Sakamoto, M., & Muira, M. (2003). Effect of stres management program for teacher in Japan: A pilot study. Journal of Occupational Health, 45(4), 202–208.
Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, & Mazeni Ismail. (2010). Stres dalam kalangan guru sekolah menengah di empat buah negeri di Malaysia (Factors that contributed to stress among secondary school teachers in four states in Malaysia). UTM. Skudai Johor.
Borg, M. G. (2000). Occupational stress in British educational settings: A review.
Dunham, J. (1992). Stress in teaching (2nd ed.). Routledge. Educational Psychology. 10 (2)
Ibrahim Ahmad Bajunid. (1995). Amalan dan cabaran pengurusan pendidikan di Malaysia: Satu tinjauan kritikal. Jurnal Pengurusan Pendidikan, 5(1), 1–13.
Kamaruzaman Kamaruddin. (2007). Tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah. Jurnal Kemanusiaan. Fakulti Sains Kognitif pembangunan Manusia. Universiti Pendidikan Sulan Idris. 10, 104–118.
Klassen, R. M., & Chiu, M. M. (2010). Effects on teachers' self-efficacy and job satisfaction: Teacher gender, years of experience, and job stress. Journal of Educational Psychology, 102, 741–756.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
Kyriacou, C., & Sutcliffe, J. (1978). Teacher stress: Prevalence, sources and symptoms. British Journal of Educational Psychology, 48, 159–167.
Lazarus, R. S., & Folkman, S. (1984). Stress, appraisal, and coping. Springer.
Lemaire, J. (2009). Addressing teacher workload. Education.
Marzita Abdullah. (2004). Beban tugas guru: Kian bertambah. http://www/tutor.com.my
Mohd Fadzli Abu Bakar, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein, & Nazrah Jamaludin. (2005). Tekanan guru dalam pendidikan dan resolusi penyelesaiannya. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Fitri Sahhari. (2001). Tahap beban tugas guru sekolah menengah di daerah Skudai: Kajian kes [Kajian ilmiah]. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Redzuan Ishak. (1995). Kepuasan kerja dan stres di kalangan pentadbir sekolah [Tesis Sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Utara Malaysia.
Mokhtar Ahmad. (1998). Tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian di Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman [Tesis Sarjana]. Universiti Malaysia Sarawak.
Montgomery, C., & Rupp, A. A. (2005). A meta-analysis for exploring the diverse causes and effects of stress in teachers. Canadian Journal of Education, 28, 458–486.
Muhamad Hanapi Husin. (2004). Pengurusan tekanan kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah di Daerah Kuantan, Pahang [Tesis Sarjana]. Universiti Malaya.
New Straits Times. (1990, 30 Mac).
Normarina Binti Ramlee. (2015). Tahap stres dalam kalangan pensyarah Kolej Vokasional di Johor. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Punanesvaran, A. Nadairaja. (2000). Hubungan bebanan kerja dengan tekanan kerja di kalangan guru lelaki dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di kawasan bandar [Kajian ilmiah]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Stranks, J. (2005). Stres at work: Management and prevention. Legal & General. Oxford Burlington, MA
Unit Latihan Dan Perkembangan Staf (ULKS). Kolej Vokasional Keningau.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2018 Morris Anak Lat, Crispina Gregory K. Han

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.



