Perspektif pelajar terhadap kurikulum Sejarah peringkat menengah di Malaysia

Students’ perspectives on the secondary school History curriculum in Malaysia

Authors

  • Khairul Ghufran Kaspin Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Malaysia
  • Mansor Mohd Noor Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
  • Mohd Mahzan Awang Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/jpp.v9i1.8256

Keywords:

etnik dan sejarah negara, mata pelajaran Sejarah

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti perspektif pelajar terhadap kurikulum sejarah peringkat menengah dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar terhadap kefahaman mereka tentang mata pelajaran sejarah yang telah dipelajari. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan kajian tinjauan sebagai reka bentuk kajian. Pemilihan responden pula adalah seramai 400 ratus pelajar yang dipilih secara rawak dari empat fakulti terpilih yang dikategorikan sebagai fakulti A, B, C, dan D. Setiap 100 orang responden dipilih dari setiap fakulti dan pemilihan responden dikategorikan mengikut etnik masing-masing seperti Melayu, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, Cina dan India. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik. Data dan analisis kajian ini dinilai dan disemak terlebih dahulu oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Data kajian yang diperolehi dihurai dalam bentuk peratus dan analisis varians. Hasil kajian mendapati semua responden yang terlibat dalam kajian ini mencatat peratus melebihi 50% untuk kesemua etnik. Bagi etnik Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, peratus yang dicatat melebihi 60% manakala bagi etnik bukan Bumiputera seperti Cina dan India, peratus yang dicatat kurang dari 60%. Kajian ini mendapati faktor-faktor seperti etnik dan agama menunjukkan perbezaan yang signifikan kepada responden yang memberikan perspektif mereka terhadap kurikulum sejarah dan faktor-faktor seperti jantina, tahun pengajian dan fakulti pula tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, perspektif pelajar terhadap kurikulum sejarah peringkat menengah adalah baik. Namun, hasil dapatan ini perlu ditingkatkan lagi agar minda generasi muda terus terbina dengan kukuh terhadap kefahaman mereka tentang sejarah negara. Ditambah lagi dengan komposisi penduduk di Malaysia yang berbilang etnik.

The main objectives of this study were to identify students’ perspectives on the secondary school History curriculum and to examine the factors influencing students’ understanding of the History subject they had studied. Methodologically, the study employed a survey research design. A total of 400 students were selected randomly from four selected faculties, categorised as Faculties A, B, C, and D. One hundred respondents were selected from each faculty, and the respondents were categorised according to their respective ethnic backgrounds, namely Malay, Sabah Bumiputera, Sarawak Bumiputera, Chinese, and Indian. A quantitative research method was employed using a questionnaire. The research data and analysis were first evaluated and reviewed by individuals with expertise in the relevant field. The data obtained were presented in terms of percentages and analysis of variance. The findings showed that all respondents involved in the study recorded percentages exceeding 50% across all ethnic groups. Among Malay, Sabah Bumiputera, and Sarawak Bumiputera respondents, the percentages exceeded 60%, whereas among non-Bumiputera ethnic groups, namely Chinese and Indian respondents, the percentages were below 60%. The study found that factors such as ethnicity and religion showed significant differences in respondents’ perspectives on the History curriculum, whereas factors such as gender, year of study, and faculty did not show significant differences. Based on the findings, students’ perspectives on the secondary school History curriculum were generally positive. However, these findings should be further strengthened to ensure that the younger generation develops a strong understanding of the history of the nation, particularly in view of Malaysia’s multi-ethnic population composition

References

Ahmad Saufi Mansor. (2010, 25 Oktober). Subjek sejarah lebih seronok. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/node/195208

Aminuddin Mansor. (2011, 15 September). Pendidikan Sejarah pengukuh patriotisme. Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/node/857

Anuar Mohamed. (1997). Modul Kursus Perguruan Lepas Ijazah: Sejarah. Maktab Perguruan Raja Melewar.

Azmy Mohamed. (2011, 29 Ogos). Format baru pentaksiran SPM sejarah. Utusan Malaysia. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan, Buku 1: Kaedah penyelidikan. The McGraw-Hill Companies.

Hadiah Senin. (1997). Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah [Kertas projek Sarjana]. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Laporan kajian kedudukan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah di sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Sejarah Tingkatan 5. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Laporan kajian tentang isu kurang minat murid terhadap mata pelajaran sejarah di sekolah berprestasi rendah SPM 2002. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohd Samsudin, & Shahizan Shaharuddin. (2012). Pendidikan dan pengajaran mata pelajaran sejarah di sekolah di Malaysia. Jurnal Jebat, 39, 116–141.

Faudjar, M. S. (2000). Kualiti pengajaran sejarah di sebuah sekolah menengah daerah Sabak Bernam [Tesis Sarjana]. Universiti Malaya.

Mok, S. S. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan, perancangan dan pelaksanaan penyelidikan tindakan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Othman Lebar. (2007). Penyelidikan kuantitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Palaniappan, A. K. (2009). Penyelidikan dan SPSS (PASW). Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Siti Haishah Abdul Rahman. (2011). Pencapaian akademik dan etnisiti: Satu kajian bagi mata pelajaran sejarah di Malaysia. In Abdul Razaq Ahmad & Anuar Ahmad (Eds.), Pendidikan & hubungan etnik (pp. 271–306). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Rohah Abdullah. (1998). Sikap guru dalam pengajaran sejarah [Kertas projek Sarjana]. Universiti Utara Malaysia.

Soo, H. S. T. (2002). Keberkesanan pengajaran guru sejarah dan hubungkaitnya dengan prestasi pencapaian murid [Tesis Sarjana]. Universiti Sains Malaysia.

Marican, S. (2009). Penyelidikan sains sosial: Pendekatan pragmatik. Edusystem Sdn. Bhd.

Santayana, G. (1998). The life of reason. Prometheus Book.

Zuraini Husain, Ahmad Rafaai Ayudin, & Abdul Razaq Ahmad. (2011). Elemen hubungan antara kaum melalui buku teks sejarah sekolah menengah atas di Malaysia. In Abdul Razaq Ahmad & Anuar Ahmad (Eds.), Pendidikan & hubungan etnik (pp. 235–244). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Published

2018-12-31

How to Cite

Khairul Ghufran Kaspin, Mansor Mohd Noor, & Mohd Mahzan Awang. (2018). Perspektif pelajar terhadap kurikulum Sejarah peringkat menengah di Malaysia: Students’ perspectives on the secondary school History curriculum in Malaysia. Jurnal Pemikir Pendidikan, 9(1), 31–42. https://doi.org/10.51200/jpp.v9i1.8256
Total Views: 0 | Total Downloads: 0