NIAT UNTUK MENINGGALKAN ORGANISASI, SISTEM KENAIKAN PANGKAT DAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN YANG DILANTIK DI BAWAH SKIM PERKHIDMATAN TERTUTUP DI SABAH

INTENTION TO LEAVE AN ORGANIZATION, PROMOTION SYSTEM AND JOB SATISFACTION AMONG FEDERAL CIVIL SERVANTS APPOINTED UNDER THE “CLOSED SERVICE SCHEME” IN SABAH, MALAYSIA

Authors

  • Mohammad Chin
  • Syed Azizi Wafa
  • Ramraini Ali Hassan

DOI:

https://doi.org/10.51200/jaaab.v0i0.1273

Abstract

Penyelidikan ini meneroka hubungan antara kemajuan kerjaya, sistem kenaikan pangkat, sifat-sifat personaliti ke atas kepuasan kerja dan niat untuk meninggalkan organisasi di kalangan penjawat awam persekutuan yang dilantik di bawah “Skim Perkhidmatan Tertutup†di Sabah, Malaysia. Walaupun terdapat beberapa kajian seperti ini yang telah dilaksanakan di sektor awam dan swasta, namun kajian khusus untuk penjawat awam yang dilantik di bawah “Skim Perkhidmatan Tertutup†di sektor awam Malaysia masih kurang dilaksanakan. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat di jabatan dan agensi persekutuan di negeri Sabah, Malaysia dan telah berkhidmat dengan organisasi semasa sekurang-kurangnya 5 tahun. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian gunaan, paradigma penyelidikan menggunakan pendekatan positivisme dan strategi penyelidikan adalah penyelidikan berbentuk deduktif. Tujuan kajian ini ialah ujian hipotesis untuk menguji setiap pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah kuantitatif sepenuhnya digunakan dalam kajian ini. Sejumlah 700 borang kaji selidik telah diedarkan di kalangan kakitangan awam persekutuan dalam kumpulan pengurusan dan profesional yang terdiri daripada gred 41 hingga gred 54. Sebanyak 420 soal selidik telah dikembalikan tetapi hanya sejumlah 380 borang kaji selidik didapati boleh digunakan untuk analisis dalam kajian ini. Teknik pensampelan yang digunakan adalah teknik pensampelan purposive. Itemitem yang terdapat di dalam borang kaji selidik yang diadaptasikan daripada item-item yang pernah digunakan oleh penyelidik terdahulu dalam kajian mereka, tetapi terdapat beberapa item yang telah diubahsuai agar sesuai dengan kajian ini. Data kuantitatif dianalisis menggunakan IBM SPSS versi 23 dan pelbagai kaedah statistik digunakan bagi menganalisis data yang telah diperoleh; korelasi, regresi dan syntax mediation test telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan responden berpuas hati dengan pekerjaan mereka dan memilih untuk terus berkhidmat dengan organisasi semasa. Sekiranya kakitangan mendapati organisasi prihatin tentang pembangunan kemajuan kerjaya dan peluang kenaikan pangkat dilaksanakan secara adil, kepuasan kerja dan niat untuk meninggalkan organisasi dalam kalangan penjawat awam persekutuan yang dilantik di bawah “Skim Perkhidmatan Tertutup†di sektor awam Malaysia di Sabah boleh dijangkakan. Sub konstruk yang terdapat di dalam pemboleh ubah bebas yang pertama, iaitu kemajuan kerjaya terdiri daripada pembangunan kemahiran profesional, pusingan kerja dan penyeliaan serta pemboleh ubah bebas, iaitu kedua sistem kenaikan pangkat terdiri daripada keadilan sistem kenaikan pangkat dan kecepatan kenaikan pangkat dan sifat personaliti neuroticism perlu diberi tumpuan bagi meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan di sektor awam. Sistem saraan dan ganjaran serta penyediaan matlamat kerjaya yang menarik dan ujian personaliti ke atas kakitangan juga harus dipertimbangkan oleh organisasi yang berkaitan untuk dilaksanakan bagi meningkatkan dan mengekalkan kepuasan kerja dalam kalangan penjawat awam persekutuan yang dilantik di bawah “Skim Perkhidmatan Tertutup†sektor awam Malaysia di Sabah. Kajian ini telah menyumbang pengetahuan untuk memberikan bukti kajian empirikal dan pemahaman yang lebih baik tentang hubungan di antara kemajuan kerjaya, sistem kenaikan pangkat, sifat-sifat personaliti ke atas kepuasan kerja dan niat untuk meninggalkan organisasi di kalangan penjawat awam yang dilantik di bawah “Skim Perkhidmatan Tertutup†di jabatan dan agensi persekutuan Malaysia di Sabah. Dari perspektif praktikal, penemuan dari kajian ini boleh digunakan oleh pembuat dasar, pengurus dan penyelidik yang berminat untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam dan pengurusan sumber manusia sektor awam.

Kata kunci: kemajuan kerjaya, sistem kenaikan pangkat, sifat-sifat personaliti, kepuasan kerja, niat untuk meninggalkan organisasi, “Skim Perkhidmatan Tertutupâ€

This research explores the relationship between career growth, promotion system, personality traits on job satisfaction and the intention to leave an organization among federal civil servants appointed under the “Closed Service Scheme†public sector in Sabah, Malaysia. While there are some studies like this have been implemented in many public and private sectors, but studies specifically for civil servants under the “Closed Service Scheme†in the public sector of Malaysia is still poorly implemented. The samples involved in this study are government officers serving in the federal departments and agencies in the state of Sabah, Malaysia and have served the current organization for at least 5 years. This study is an applied research, research paradigm of this study has been used a positivism approach and research strategy was deductive research. The purpose of the study is the hypothesis testing to test each of the variables used in this study. The quantitative method was used in this study. A total of 700 questionnaires were distributed among federal public servants of management and professional groups consisting of grade 41 to grade 54. A total of 420 questionnaires have been returned but only 380 questionnaires have been found useable for analysis in this study. The sampling technique used was purposive sampling technique. Items of questions in the questionnaire which were adapted from items questions that have been used by previous researchers in their study, but there are some items of the question have been modified to be consistent with in this study. Quantitative data were analysed using IBM SPSS version 23 and various statistical methods of data analysis were used; correlation, regression and syntax mediation tests have been used in this study. The findings indicated that federal public servants appointed under “Closed Service Scheme†are satisfied with their job and prefer to remain served in the current organization. If employers have found organization is concerned about career growth and promotion opportunities were implemented fairly, job satisfaction and intention to leave the organization among federal public employees appointed under “Closed Service Scheme†in the Malaysian public sector could be expected. Sub construct contained in the first independent variable, career growth, such as professional ability development, job rotation and supervision as well as the second independent variable promotion system, such as promotion equity and promotion speed and finally neuroticism personality traits should focus more on improving the employees’ job satisfaction in the public sector. Remuneration growth and provision of attractive career goals and also the employee’s personality tests should also be considered by the organization to be implemented to improve, increase and maintain job satisfaction among federal public servants appointed under “Closed Service Scheme†in Sabah, Malaysia. These studies contributed knowledge to provide empirical evidence and a better understanding of the relationship between career growth, promotion system, personality traits on job satisfaction and intention to leave the organization among civil servants appointed under the “Closed Service Scheme†in the federal departments and agencies in Sabah, Malaysia. From a practical perspective, the findings from this study can be used by policy makers, managers and researchers who are interested in improving the performance of public services and human resource management in the public sector.

Keywords: career growth, promotion system, personality traits, job satisfaction, intention to leave the organization, “Closed Service Schemeâ€

Author Biographies

Mohammad Chin

Faculty of Business, Economics and Accountancy, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Malaysia

Syed Azizi Wafa

Faculty of Business, Economics and Accountancy, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Malaysia

Ramraini Ali Hassan

Faculty of Business, Economics and Accountancy, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Malaysia

Downloads

Published

2018-09-04

How to Cite

Chin, M., Wafa, S. A., & Ali Hassan, R. (2018). NIAT UNTUK MENINGGALKAN ORGANISASI, SISTEM KENAIKAN PANGKAT DAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN YANG DILANTIK DI BAWAH SKIM PERKHIDMATAN TERTUTUP DI SABAH: INTENTION TO LEAVE AN ORGANIZATION, PROMOTION SYSTEM AND JOB SATISFACTION AMONG FEDERAL CIVIL SERVANTS APPOINTED UNDER THE “CLOSED SERVICE SCHEME” IN SABAH, MALAYSIA. Journal of the Asian Academy of Applied Business (JAAAB), 4, 29. https://doi.org/10.51200/jaaab.v0i0.1273
Total Views: 838 | Total Downloads: 3222