SEJAUH MANA TEMPOH PERKHIDMATAN SEBAGAI FAKTOR PENYEDERHANAAN TERHADAP REKA BENTUK PEKERJAAN, MOTIVASI DAN KEPUASAN KERJA? KAJIAN DI POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH

TO WHAT EXTENT DOES JOB TENURE MODERATE THE RELATIONSHIP BETWEEN JOB DESIGN, MOTIVATION AND JOB SATISFACTION? A STUDY IN POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH

Authors

  • Syarifah Hanum Ali
  • Arsiah Bahron
  • Stephen L. @ Jude2 Sondoh Jr

DOI:

https://doi.org/10.51200/jaaab.v0i0.1294

Abstract

Penyelidikan ini dibuat untuk melihat perhubungan di antara tempoh perkhidmatan, reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Objektif khusus pertama yang ingin dicapai adalah untuk melihat perhubungan yang signifikan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Objektif kedua adalah untuk menguji sama ada tempoh perkhidmatan merupakan faktor penyederhanaan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Populasi kajian adalah seramai 245 orang kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, manakala sampel dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Seramai 231 orang telah memberi maklum balas kepada borang soal selidik yang diedarkan. Analisis data dilakukan menggunakan pakej SPSS21. Kajian mendapati bahawa terdapat perhubungan yang signifikan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Manakala, tempoh perkhidmatan didapati memainkan peranan sebagai faktor penyederhanaan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Kajian ini telah mengemukakan beberapa implikasi kajian berdasarkan dapatan dan sokongan sorotan kajian yang berkaitan. Hasil kajian ini akan dapat memberi input kepada pentadbiran Politeknik sebagai penunjuk untuk melakukan penambahbaikan bagi mencapai matlamatnya.

Kata kunci: reka bentuk pekerjaan, tempoh perkhidmatan, motivasi kerja, kepuasan kerja

This study is conducted to examine the relationship between job tenure, job design, motivation and job satisfaction among academic staff in Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. The first specific objective is to look at the relationship between job design, motivation and job satisfaction. The second specific objective is to test whether job tenure serves as a moderator between job design, motivation and job satisfaction. The study population is 245 academic staff at Politeknik Kota Kinabalu and the sample is selected using the random sampling method. A total of 231 respondents responded through the survey questionnaire distributed. The data analysis is done using SPSS21 package. The study finds out that there is a significant relationship between job design, motivation and job satisfaction. While job tenure does serve as a significant moderator between job design, motivation and job satisfaction. The study has proposed a few research implications based on the research findings and support from past relevant literature. The research findings will be able to provide input to the management of Politeknik as guidelines for
better imrovement to achieve its goals.

Keywords: job design, job tenure, work motivation, job satisfaction

Author Biographies

Syarifah Hanum Ali

Department of Commerce,

Politeknik Kota Kinabalu,

Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Arsiah Bahron

Faculty of Business,

Economics and Accountancy,

Universiti Malaysia Sabah,

Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Stephen L. @ Jude2 Sondoh Jr

Penyelidikan ini dibuat untuk melihat perhubungan di antara tempoh perkhidmatan, reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Objektif khusus pertama yang ingin dicapai adalah untuk melihat perhubungan yang signifikan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Objektif kedua adalah untuk menguji sama ada tempoh perkhidmatan merupakan faktor penyederhanaan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Populasi kajian adalah seramai 245 orang kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, manakala sampel dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Seramai 231 orang telah memberi maklum balas kepada borang soal selidik yang diedarkan. Analisis data dilakukan menggunakan pakej SPSS21. Kajian mendapati bahawa terdapat perhubungan yang signifikan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Manakala, tempoh perkhidmatan didapati memainkan peranan sebagai faktor penyederhanaan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Kajian ini telah mengemukakan beberapa implikasi kajian berdasarkan dapatan dan sokongan sorotan kajian yang berkaitan. Hasil kajian ini akan dapat memberi input kepada pentadbiran Politeknik sebagai penunjuk untuk melakukan penambahbaikan bagi mencapai matlamatnya.

Kata kunci: reka bentuk pekerjaan, tempoh perkhidmatan, motivasi kerja, kepuasan kerja

Downloads

Published

2018-09-04

How to Cite

Ali, S. H., Bahron, A., & Sondoh Jr, S. L. @ J. (2018). SEJAUH MANA TEMPOH PERKHIDMATAN SEBAGAI FAKTOR PENYEDERHANAAN TERHADAP REKA BENTUK PEKERJAAN, MOTIVASI DAN KEPUASAN KERJA? KAJIAN DI POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH: TO WHAT EXTENT DOES JOB TENURE MODERATE THE RELATIONSHIP BETWEEN JOB DESIGN, MOTIVATION AND JOB SATISFACTION? A STUDY IN POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH. Journal of the Asian Academy of Applied Business (JAAAB), 4, 73. https://doi.org/10.51200/jaaab.v0i0.1294
Total Views: 554 | Total Downloads: 1239