KAITAN ANTARA KEPIMPINAN, PRESTASI KERJA, KEPUASAN KERJA DAN NIAT MELETAKKAN JAWATAN DALAM KALANGAN KAKITANGAN AKADEMIK POLITEKNIK DI MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.51200/jaaab.v0i0.1784Abstract
Abstrak
Penyelidikan ini telah mengamati respons daripada kakitangan akademik politeknik di Malaysia. Penyelidik melakukan kajian ini untuk melihat peranan pemimpin terhadap niat meletakkan jawatan. Penyelidik telah mengajukan beberapa persoalan kajian. Pertama, mengenal pasti perhubungan yang signifikan dalam Kepimpinan Memperkasa Gelagat yang mempengaruhi tindak balas psikologi (kepuasan kerja dan prestasi kerja). Kedua, mengenal pasti perhubungan yang signifikan terhadap tindak balas psikologi dalam mempengaruhi Niat Meletakkan Jawatan. Ketiga, mengenal pasti kesan faktor pengantaraan Kepimpinan Memperkasa Gelagat terhadap Niat Meletakkan Jawatan adalah tindak balas psikologi. SPSS21 dan SmartPLS3 digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada 376 responden yang menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Penyelidik telah membentuk kaedah kajian iaitu pemboleh ubah tidak bersandar adalah Kepimpinan Memperkasa Gelagat, tindak balas psikologi sebagai faktor pengantaraan dan niat meletakkan jawatan pekerja pemboleh ubah bersandar. Kepimpinan Memperkasa Gelagat mempunyai hubungan signifikan dengan Kepuasan Kerja dan Prestasi Kerja. Secara keseluruhannya, tindakan balas psikologi mempunyai hubungan signifikan dengan niat meletakkan jawatan. Bagi kesan pengantaraan, Kepuasan Kerja dan Prestasi Kerja merupakan faktor pengantaraan bagi Niat Meletakkan Jawatan di antara Kepemimpinan Memperkasa Gelagat dan Niat Meletakkan jawatan. Hasil kajian ini pasti dapat memberi impak kepada pentadbiran politeknik di Malaysia sebagai penunjuk untuk melakukan penambaikan untuk mencapai tujuan yang diinginkan.
Kata Kunci: Kepimpinan Memperkasa Gelagat, Kepuasan Kerja, Prestasi Kerja dan Niat Meletakkan Jawatan