PETRONAS DAN HASIL ROYALTI MINYAK DAN GAS SARAWAK DALAM SISTEM PERKONGSIAN PENGELUARAN (1974-1990)

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v3i2.1629

Keywords:

PSC, PETRONAS, PDA 1974, Royalti minyak, Sarawak

Abstract

Abstrak

Keluaran hasil minyak petroleum negara Malaysia terletak di bawah bidang kuasa dan pengurusan PETRONAS sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974). Akta ini membolehkan PETRONAS ditubuhkan dan memberikan hak ekslusif kepada perbadanan ini untuk mengawal semua aktiviti eksplorasi dan eksploitasi minyak di Malaysia. Ia merangkumi kegiatan dalam memajukan industri huluan dan hiliran minyak dan gas dalam negara. Terdapat empat negeri yang terlibat dengan hasil pengeluaran minyak petroleum ini, iaitu Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan. Namun begitu, perkara pokok yang menjadi persoalan ialah hasil royalti minyak dan gas sebanyak 5 peratus yang dibayar oleh PETRONAS kepada kerajaan negeri. Dalam hal ini, Sarawak telah menjadikan isu ini sebagai alat bagi menuntut jumlah peratus royalti yang lebih tinggi, yang menimbulkan perdebatan dengan kerajaan persekutuan. Ini kerana Sarawak melihat hasil minyak ini menjana pendapatan yang lumayan pada setiap tahun, yang sepatutnya negeri tersebut diberikan peratusan yang lebih besar sejak dari tahun 1974 hingga 1990. Namun begitu, kefahaman terhadap isu ini perlu disandar kepada kerangka hasil pendapatan PETRONAS yang berdasarkan kepada regim fiskal petroleum, iaitu sistem Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) untuk menjana keuntungan yang mampan. Makalah ini akan memaparkan tentang sejarah perkembangan dan sistem perolehan yang diguna pakai oleh PETRONAS dengan mengkhusus kepada kes Sarawak.

Abstract

The petroleum oil product in Malaysia is under the jurisdiction and management of PETRONAS as provided under the Petroleum Development Act 1974. This act allows the establishment of PETRONAS and granting exclusive rights to this corporation to control all exploration and exploitation activities in  Malaysia. It encompasses activities in the development of upstream and downstream oil and gas industries within the country. There are four petroleum-producing states, namely Sarawak, Sabah, Terengganu and Kelantan. However, the subject matter in question is the total distribution of oil and gas royalties of 5 per cent paid by PETRONAS to the state government. In this regard, Sarawak has made this issue as a means for demanding a higher percentage of royalty, which arouses debates with the federal government. This is because Sarawak sees this oil revenue generates a substantial income each year, which should have given the state a greater percentage from 1974 to 1990. However, the understanding of this issue should be based on the PETRONAS's revenue-based framework which is subject to the petroleum fiscal regime, namely the Production Sharing Contract (PSC) system to generate sustainable profits. This paper aims to highlight the historical developments and procurement system adopted by PETRONAS in particular by focusing on the case of Sarawak.

Downloads

Published

2018-12-31

How to Cite

[1]
2018. PETRONAS DAN HASIL ROYALTI MINYAK DAN GAS SARAWAK DALAM SISTEM PERKONGSIAN PENGELUARAN (1974-1990). Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 3, 2 (Dec. 2018). DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v3i2.1629.
Total Views: 2160 | Total Downloads: 2080