Information For Authors

JBA menerima manuskrip (bahasa Melayu, bahasa Indonesia, dan bahasa Inggeris) mengenai pelbagai permasalahan atau isu pengetahuan mengikut bidang akademik tersendiri, seperti sejarah, arkeologi, pendidikan, komunikasi, etnografi, ekonomi, politik, kebudayaan asli, dan sebagainya, yang memfokus kepada ruang lingkup Kepulauan Borneo sahaja. Keluaran penerbitan adalah untuk setiap tahun pada bulan Disember. Tarikh tutup untuk penerimaan manuskrip ialah pada bulan Julai. Maka tempoh bulan Ogos hingga November adalah untuk proses pewasitan (penilaian oleh Rakan Pakar), pembaikan (oleh Penulis) dan editorial (oleh Ketua Editor dan Penerbit UMS).

Kami mengalu-alukan penyerahan manuskrip anda di https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/submission/wizard

Sila lawati laman utama di https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/about untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JBA.

Sekiranya anda berminat untuk menerbitkan artikel anda dalam jurnal JBA, sila mendaftar diri terlebih dahulu di https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/user/register Setelah mendaftar, anda boleh melakukan muat naik manuskrip anda

PERINGATAN KEPADA SETIAP PENULIS WAJIP MENGGUNA EMAIL YANG AKTIF

Manuskrip yang telah diwasitkan oleh pakar akan dikembalikan kepada penulis melalui email sahaja. Kegagalan penulis memberi respon (tidak melakukan pembaikan atau tidak memuat naik semula manuskrip yang sudah dilakukan pembaikan) akan menyebabkan manuskrip anda tidak diterbitkan dalam JBA.