Journal History/Sejarah Jurnal

The Jurnal Borneo Arkhailogia (JBA) is the journal of the Borneo Archaeological Research Unit (UPArk). Founded in 2016, and published its first issue in 2017. The scope of the JBA is the fields of archaeology heritage management, classical history and oral history which focuses on the area of Borneo and its adjacent islands, from ancient times to present-day. The JBA Chief Editor welcomes the submission of an article on any subject within that definition. Submissions that announce discoveries and present new information, or explore new theoretical ground are especially welcome, as are articles that deal with methodological issues, or analysis of material culture, cultural heritage, society, economic, social, politics, tourism, civilization, development and nation-building. In addition to articles, the JBA publishes field reports and book reviews on the archaeology heritage management, classical history and oral history of Borneo and its adjacent islands. Articles submitted to the JBA are reviewed by appropriate experts without exception. While JBA Editorial Board members often serve as reviewers, the article is also screened by outside experts. Most submissions are read by two scholars (internal and external) in addition to the Chief Editor

Jurnal Borneo Arkhailogia (JBA) merupakan jurnal Unit Penyelidikan Borneo (UPArk) yang ditubuhkan pada tahun 2016 dan menerbitkan keluaran pertama pada tahun 2017. Skop JBA adalah bidang Arkeologi dan Sejarah yang memberi tumpuan ke atas kawasan Borneo dan pulau-pulau di sekitarnya, dari zaman purba hingga hari ini. Ketua Editor JBA mengalu-alukan penyerahan artikel tentang mana-mana subjek dalam lingkungan definisi berkenaan. Penyerahan artikel yang mengisytiharkan penemuan dan menyajikan maklumat baharu atau meneroka landasan teoretikal yang baharu adalah sangat dialu-alukan, begitu juga makalah yang merungkai isu metodologi atau analisis budaya benda, warisan budaya, masyarakat, ekonomi, sosial, politik, pelancongan, tamadun, pembangunan dan pembinaan negara bangsa. Selain makalah, JBA juga menerbitkan laporan lapangan dan ulasan buku terkini tentang arkeologi dan sejarah Borneo dan pulau di sekitarnya. Artikel yang dihantar kepada JBA tidak terkecuali daripada penilaian oleh pakar. Walaupun ahli Lembaga Editor lumrahnya menjadi penilai, manuskrip juga dinilai oleh pakar dari luar. Kebanyakan makalah dinilai oleh dua orang sarjana (dalaman dan luaran) sebagai tambahan kepada penilaian oleh Ketua Editor.

-------------------------------------------------------------------------------

Focus and Scope/Fokus dan skop

The Jurnal Borneo Arkhailogia (JBA) is an interdisciplinary, peer-reviewed academic journal, designed to publish reports of well-written original research and theoretical articles in the fields of archaeology, heritage management, classical history, modern history, and oral history which is to generate discussion and fresh perspective. JBA intends to serve as a platform for scholars to share common interests in the understanding of issues related to the sustainability of the various fields of knowledge which focuses on the area of Borneo. JBA strongly encourage the interdisciplinary approach of different academic disciplines. In other words, JBA creates its own uniqueness by combining the profession of various scholarships and current applications. The Board of Editors of the JBA intends to publish a journal each year, as well as aims to make the JBA a 'must read' publication for those who want to know more about the archeology, history, heritage and culture of the people of Borneo.

Jurnal Borneo Arkhailogia (JBA) ialah jurnal akademik berwasit antara disiplin yang diwujudkan untuk menerbitkan laporan penyelidikan asli dan makalah ilmiah dalam bidang arkeologi,  pengurusan warisan, sejarah klasik, sejarah moden, dan sejarah lisan yang menjana perbincangan dan perspektif yang baharu. Jurnal ini bertujuan untuk menjadi platform bagi para sarjana berkongsi minat yang sama dalam memahami isu yang berkaitan dengan kemampanan pelbagai bidang pengetahuan yang memberi tumpuan kepada kawasan Borneo dan pulau di sekitarnya. JBA menggalakkan pendekatan antara pelbagai disiplin akademik yang berbeza. Dengan kata lain, JBA mencipta keunikan tersendiri dengan menggabungkan suara profesion pelbagai kesarjanaan dan aplikasi terkini. Sidang Editor JBA berhasrat untuk menerbitkan satu keluaran pada setiap tahun, selain bermatlamat menjadikan JBA sebagai satu penerbitan ‘mesti baca’ untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang arkeologi, sejarah, warisan dan budaya masyarakat di Borneo.

-------------------------------------------------------------------------------

The JBA editors rely on the contribution of scholars from many disciplines who submit and review manuscripts. Their contributions to the journal and to the field of archaeology heritage management, classical history and oral history of Borneo and its adjacent islands are appreciated.

Para editor JBA bergantung kepada sumbangan para sarjana daripada pelbagai disiplin ilmu yang menghantar dan mengulas artikel. Sumbangan mereka kepada jurnal ini dan bidang Arkeologi dan Sejarah Borneo dan pulau di sekitanya adalah dihargai.

 

PUBLICATION/PENERBITAN

Method of publication is online.

Kaedah penerbitan adalah secara atas talian.

-------------------------------------------------------------------------------

MANUSCRIPTS SUBMISSION

Must be uploaded into the system >>>https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/about/submissions

Mesti dimuat naik ke dalam sistem >>> https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/about/submissions

 -------------------------------------------------------------------------------

CORRESPONDENCE

Editorial correspondences should be addressed to:

Surat-menyurat editorial hendaklah dialamatkan kepada:

Chief Editor/Ketua Editor
Bilcher Bala
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan
Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
E-mel: rupanx@gmail.com

Managing Editor/Editor Pengurus
Baszley Bee Basrah Bee
Unit Penyelidikan Arkeologi (UPArk), Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan
Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
E-mel: beeums2004@gmail.com

-------------------------------------------------------------------------------

PEER REVIEW PROCESS/PROSES PEWASITAN

All manuscript submitted to JBA is a subject of internal and external review procedure. Editorial Board acts as internal editor of the journal will make an internal review process for check if the manuscript has contributions and development in the area of research covered by journal. If the internal editor finds that a manuscript is proper for publication in JBA, it could be assigned to an external editor with expertise in the field. At this phase an article can be rejected without external review if the internal editor finds the topic is outside of the scope of the JBA. External editor will take four weeks including one week for accept the manuscript from the Managing Editor. The evaluation sheet contains 10 evaluation criteria which will be appreciated by reviewer for each article. The result of review process can be:-
• Accept the manuscript without modification
• Accept the manuscript with minor modification
• Accept the manuscript with major modification
• Reject the manuscript with the possibility to resend
• Reject the manuscript

-------------------------------------------------------------------------------

MANUSCRIPTS/MANUSKRIP

The JBA Chief Editor welcomes the submission of manuscripts on any subject within that definition. Submissions that announce discoveries and present new information, or explore new theoretical ground are especially welcome, as are articles that deal with methodological issues, or analysis of material culture, cultural heritage, society, economy, social, politic, tourism, civilization, development and nation building. In addition to articles, the JBA publishes field reports and book reviews on the archaeology and history of Borneo and its adjacent islands. Manuscripts submitted to the JBA are reviewed by appropriate experts without exception. While JBA Editorial Board members often serve as reviewers, manuscripts are also screened by outside experts. Most submissions are read by two scholars (internal and external) in addition to the Chief Editor.

All article must follow the guidelines below:

• The text formatting of the article manuscripts must be in Microsoft Word (*.doc, *.docx).
• Tahoma 11 for text.
• 1.5 line spacing.
• Italics to emphasize words or expressions.
• The title should with a maximum of 8 words.
• The name of the author(s).
• The affiliation and e-mail address of the author(s).
• Abstrak (Malay).
• Asbtract (English).
• Provide 4-5 keywords.

The abstract should be a single paragraph of about between 150 and 200 words and placed on its own page, before the first page of your article. Along with the abstract, should provide 4-5 keywords that will be used for indexing purposes.

The length of articles in most academic journals are not more than 20 pages in A4 size

The footnotes include the citation of reference and can also be used to give additional information that may include a reference described in the bibliographic list. Without endnotes. The name of journal and title of book should be italicized.

Cite references in the footnotes for journal: Author Full Name, Topic, Name of Journal, Volume Number, (Series)Year of Publication, Pages.

Cite references in the footnotes for book: Author Full Name, Title, Place of Publication: Name of Publisher, Year of Publication, Pages.

Ketua Editor JBA mengalu-alukan penyerahan manuskrip tentang mana-mana subjek dalam lingkungan definisi berkenaan. Penyerahan manuskrip yang mengisytiharkan penemuan dan menyajikan maklumat baharu, atau meneroka landasan  teoritik yang baru adalah sangat dialu-alukan, begitu juga makalah yang merungkai isu metodologi, atau analisis budaya benda, warisan budaya, masyarakat, ekonomi, sosial, politik, pelancongan, tamadun, pembangunan dan pembinaan negara bangsa. Selain makalah, JBA juga menerbitkan laporan lapangan dan ulasan buku terkini mengenai arkeologi dan sejarah Borneo dan pulau di sekitarnya. Manuskrip yang diserahkan kepada JBA adalah tidak terkecuali daripada penilaian oleh pakar. Walaupun ahli Lembaga Editor adalah lumrah menjadi penilai, manuskrip juga ditapis oleh pakar dari luar. Kebanyakan makalah adalah dinilai oleh dua sarjana (dalaman dan luaran) sebagai tambahan kepada Ketua Editor.

Semua manuskrip hendaklah mengikut garis panduan di bawah:

• Format teks manuskrip mestilah dalam Microsoft Word (*.doc, *.docx).
• Tahoma 11 untuk teks.
• Jarak baris 1.0 (satu langkau)
• Italik untuk menegaskan perkataan atau ungkapan asing daripada bahasa utama teks.
• Tajuk perlu dengan maksimum 8 perkataan.
• Nama penulis.
• Afiliasi dan alamat e-mel penulis.
• Abstrak (Bahasa Melayu).
• Asbtract (English).
• Menyediakan 4-5 Kata Kunci.

Abstrak harus ditulis dalam satu perenggan, iaitu antara 150 dan 200 perkataan dan ditempatkan pada halaman yang tersendiri, sebelum halaman pertama makalah anda. Berserta dengan abstrak, pengarang perlu menyediakan 4-5 kata kunci yang digunakan untuk tujuan pengindeksan.

Nota kaki merangkumi kutipan rujukan dan juga boleh digunakan untuk memberi maklumat tambahan termasuk rujukan yang dinyatakan dalam senarai bibliografi. Tanpa nota akhir. Nama jurnal dan judul buku harus diitalikkan.

Kutipan rujukan dalam nota kaki untuk jurnalNama Penuh Penulis, Tajuk, Nama Jurnal, Nombor Jilid, Tahun Penerbitan, Halaman.

Untuk buku: Nama Penuh Penulis, Judul, Tempat Penerbitan: Nama Penerbit, Tahun Penerbitan, Halaman.

Example/Contoh:

Journal/Jurnal

First citation (in full)/Kutipan pertama (sepenuhnya):

Tom Harrisson, The Chinese in Borneo 1942-1946, International Affairs (Royal Institute of International Affairs), Vol. 15 (3), 1950, hlm. 135

Tom Harrisson, The Chinese in Borneo 1942-1946, International Affairs (Royal Institute of International Affairs), Vol. 15 (3), 1950, pp. 135

Second citation and so forth (in short)/Kutipan kedua dan seterusnya (sependeknya): 

(1) Tom Harrisson, The Chinese in Borneo, hlm. 135. 

      Tom Harrisson, The Chinese in Borneo, pp. 135. 

(2) Tom Harrisson, Ibid.

(3) Tom Harrisson, op.cit., hlm. 150.

      Tom Harrisson, op.cit., pp. 150.

Book/Buku

Kutipan pertama (sepenuhnya): 

Peter Bellwood, Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago, Revised Edition, Canberra: ANU E Press, 2007, hlm. 18.

Peter Bellwood, Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago, Revised Edition, Canberra: ANU E Press, 2007, pp. 18.

Kutipan kedua dan seterusnya (sependeknya): 

(1) Peter Bellwood, Prehistory of the Indo-Malaysian, hlm. 18.

      Peter Bellwood, Prehistory of the Indo-Malaysian, pp. 18.

(2) Ibid.

(3) Peter Bellwood, op.cit., hlm. 40. 

      Peter Bellwood, op.cit., pp. 40. 

The following should not be used/Sebaiknya yang berikut tidak digunakan: ad loc., idem, inter alia, loc. cit., passim.

References/Rujukan

The list of references will only include works that are cited in the text. The list must be alphabetized by the surname of the author or the first author of each work. The name of journal and title of book should be italicized. 

List references for journal: Author SurnameYear of Publication. Topic. Journal’s Name. Volume Number (Series Number). Pages.

List references for book: Author SurnameYear of Publication. Title. Place of Publication: Name of Publisher.

Daftar rujukan hanya akan mencakupi karya yang dikutip dalam teks sahaja. Daftar harus dalam susunan abjad dengan nama keluarga penulis atau penulis pertama atau penulis pertama setiap karya. Nama jurnal dan judul buku harus diitalikkan. 

Susun daftar rujukan untuk jurnal: Nama Keluarga Penulis. Tahun Penerbitan. Tajuk. Nama Jurnal. Nombor Jilid (Nombor Siri): Halaman.

Susun daftar rujukan untuk buku: Nama Keluarga Penulis. Tahun Penerbitan. Judul. Tempat Penerbitan: Nama Penerbit.

Example/Contoh:

Journal/Jurnal

Harrisson, T. (1950). The Chinese in Borneo 1942-1946. International Affairs (Royal Institute of International Affairs). Vol. 15 (3). Hlm. 135−362.

Harrisson, T. (1950). The Chinese in Borneo 1942-1946. International Affairs (Royal Institute of International Affairs). Vol. 15 (3). Pp. 135−362.

Book/Buku

Bellwood, P. (2007). Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago. Revised Edition. Canberra: ANU E Press.

Internet

Niah Cave: Archaeological Site, Malaysia. http://www.britannica.com/place/Niah-Cave. Akses 20 Mac 2016.

Niah Cave: Archaeological Site, Malaysia. http://www.britannica.com/place/Niah-Cave. Access 20 Mac 2016.

-------------------------------------------------------------------------------

BOOK REVIEW/ULASAN BUKU

All parties interested in reviewing books for this journal should contact the Chief Editor by e-mail. Standard book reviews should be no longer than ten (10) pages.

Book reviews should consider the following:

• The intended audience for the book and who would find it useful.
• The main ideas of the book and how effectively these are accomplished.
• Constructive comments about the strength and weaknesses of the book.

The following information should be given about the book being reviewed at the start of each review:

Author/Editor NameBook TitlePlace of Publication: Name of Publisher. Year of Publication. ISBN. Number of Pages. Price.

Book title should be italicized.

Example:

Peter Bellwood. Prehistory of the Indo-Malaysia Archipelago. Sydney: Academic Press. (1985). ISBN: 012085371 X. 370 pages. Price $35.00 (paperback). Reviewed by Dirk H.R. Spennemann.

For any queries about Book Reviews please contact the Chief Editor.

Semua pihak yang berminat dalam mengulas buku untuk jurnal ini perlu menghubungi Ketua Editor melalui e-mel. Ulasan buku yang standard harus tidak melebihi sepuluh (10) halaman. Maklumat berikut perlu diberikan tentang buku yang diulaskan pada permulaan setiap ulasan:

Ulasan buku perlu mengambil kira perkara yang berikut:

• Sasaran pembaca buku dan golongan yang akan memanfaatkannya.
• Idea utama dan sejauhmana impaknya.
• Penjelasan yang membina berkenaan kekuatan dan kelemahan buku.

Nama Penulis/Editor, Judul Buku, Tempat Penerbitan dan Nama Penerbit, Tahun Penerbitan, ISBN, Jumlah Halaman, Harga.

Judul buku harus diitalikkan.

Example/Contoh:

Peter Bellwood. Prehistory of the Indo-Malaysia Archipelago. Sydney: Academic Press. 1985. ISBN: 012085371 X. 370 halaman. Harga $35.00 (kulit lembut). Diulas oleh Dirk H.R. Spennemann.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Ulasan Buku, sila berhubung dengan Ketua Editor.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 OPEN ACCESS POLICY

This journal provides immediate open access to its content on the principle that making research freely available to the public supports a greater global exchange of knowledge.

COPYRIGHT POLICY

Submission of an article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.

Requests to the Publisher for permission should be addressed to:

Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.

Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:

Penerbit UMS,
Tingkat Bawah Perpustakaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015
Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my