ASAL USUL MENGKABONG DAN PERANAN RAJA TUA

The Origin of Mengkabong and the Role of Raja Tua

Authors

  • YUSRY SULAIMAN kota kinabalu
  • BILCHER BALA
  • MOSLI TARSAT
  • RIZAL ZAMANI IDRIS
  • MOHD FIRDAUS ABDULLAH

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.3966

Keywords:

Asal Usul, Borneo Utara, Mengkabong, Raja Tua, Origin, North Borneo

Abstract

Makalah ini akan membincangkan asal usul Mengkabong dan peranan Raja Tua dalam membangunkannya menjadi pangkalan dan petempatan di Borneo Utara pada abad ke-18. Mengkabong mempunyai beberapa versi cerita asal usul berasaskan sumber lisan dalam kalangan orang tua setempat. Mengkabong muncul sebagai pangkalan terawal pada era pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin I (SOAS I). Raja Tua telah dilantik sebagai Ketua Panglima Laksamana Laut di Mengkabong. Beliau membina pangkalan dan menjaga keamanan termasuk menyerang dan membanteras pemburu hamba. Raja Tua dikatakan berjaya menyatupadukan penduduk kaum Bajau dan kaum Dusun demi keamanan di Mengkabong. Kajian ini menggunakan sumber sumber lisan dan salasilah yang diperoleh dari koleksi peribadi semasa kajian lapangan dilakukan di Mengkabong termasuk melawat kawasan makam dan kubu terbiar. Penulisan makalah ini sangat penting kepada pembangunan pensejarahan Sabah, terutamanya pendedahan tentang asal usul Mengkabong dan Raja Tua ini adalah antara peristiwa penting zaman awal Sabah yang tidak diketahui oleh pembaca umum mahupun pembaca akademik.

 

Mengkabong has several versions of its origin story based on oral sources among local elders. Mengkabong emerged as the earliest base during the reign of Sultan Omar Ali Saifuddin I (SOAS I). Raja Tua was appointed as a Commander-in-Chief of the Sea Admiral in Mengkabong. He built bases and maintained peace, including attacking and exterminating slave hunters. Raja Tua is said to have
succeeded in uniting the Bajau and Dusun people for peace in Mengkabong. The study of this paper uses oral sources and genealogies obtained from personal collections during field research conducted in Mengkabong including visiting abandoned tombs and forts. The writing of this paper is very important to the development of Sabah historiography, especially the disclosure of the origin of Mengkabong and Raja Tua are among the important events in the early days of Sabah that is not known among either general readers or academic readers.

Author Biographies

YUSRY SULAIMAN, kota kinabalu

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

 

BILCHER BALA

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 

Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,

88400 Kota Kinabalu, Sabah

MOSLI TARSAT

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

RIZAL ZAMANI IDRIS

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,

88400 Kota Kinabalu, Sabah. 

MOHD FIRDAUS ABDULLAH

Pusat Kajian Sejarah,

Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia. 

References

Dokumen Arkib

C.O 874/54 Grant by Sultan of Brunei of Territory the Sulaman River to the River of

Paitan, 29 Disember 1877.

C.O 874/54, Grant of Mengkabong 20th Mac 1898.

C.O 874/54, Menggatal, Mengkabong, Api-Api, Simbulan, Nafas dan Tambalang River,

Mac 1898.

C.O 874/54, Perjanjian hak Kedaulatan Membakut, Api-Api, Kuala Lama, Inanam,

Menggatal dan Mengkabong 23rd Mac 1898.

C.O 874/55 Status Pemajakan Sungai Mengkabong, Karambunai, Kabatuan, Napas dan

Simbulan.

Buku dan Artikel

Bock, C. (1985). The Headhunters of Borneo. Singapore: Oxford University Press.

Forrest, T. (1776). A Voyage to New Guinea and The Moluccas from Balambangan:

Including an Account of Magindanao, Sooloo and other Islands, London: G. Scott.

Gerlich, B. M. (2003). Marudu 1845: The Destruction and Reconstruction of a Coastal

State in Borneo. Germany: Abera.

Hasbol bin Haji Mail. (2011). Kesultanan Brunei Abd ke-19. Brunei: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Ismail Ali. (2010). Viking Timur di Kepulauan. Kota Kinabalu: Penerbit UMS.

Pehin Jamil Al Sufri. (1999). Pengiran Temangong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza,

PUSAKA. Bil. 9.

Phelan, P. (2001). The Head Hunting and the Magang Ceremony in Sabah. Kota Kinabalu:

Opus Publication.

Rutter, O. (2008). British North Borneo. Kota Kinabalu: Opus Publication.

Shim, P. S. (2007). In land People of Sabah. Kota Kinabalu: Borneo Cultural Heritage.

Singh, R. (2011). The Making of Sabah. Kota Kinabalu: Bahagian Kabinet dan Dasar,

Jabatan Ketua Menteri.

St. John, S. (1862). Life in the Forest of the Far East Vol. I. London: Smith, Elder and Co.

Warren, J. F. (2002). Iranun and Balangingi. Singapore: NUS.

Warren, J. F. (2007). The Sulu Zone. Singapore: NUS.

Temu Bual

Dawi (Lawah) bin Utuh, 88 tahun, Kampug Mengkabong. Beliau merupakan anak

jati Kampung Mengkabong dan juga merupakan bekas Ketua Kampung

Mengkabong. Beliau memegang jawatan Ketua Kampung selama 38 tahun dan

anak kepada Utuh bin Jika yang juga bekas ketua kampung di Mengkabong.

Beliau pernah dilantik sebagai ketua pemuda USNO di kawasan Tuaran Laut

(Mengkabong) pada tahun 1955 sehingga 1962.

Salleh bin Mamun, 58 Tahun, Kampung Lok Batik Tuaran, 20 Mac 2022. Beliau

merupakan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Nongkolud, Tuaran. Beliau

berasal Mengkabong, Tuaran dan merupakan jurupandu tempatan terpenting

bagi mengetahui tentang sejarah dan warisan tempatan di Mengkabong.

Maskan bin Hj Rasta, 58 tahun, Kampung Mengkabong, Tuaran, 20 Mac 2022. Beliau

bekerja sendiri dan jurupandu tempatan bagi mengetahui sejarah dan warisan

tempatan di Mengkabong.

Sahar bin Hj Piassin, 62 tahun, Kedai Jawa Sembulan Lama, Kota Kinabalu Sabah, 18

Januari 2022. Beliau adalah anak kepada Hj Piassin bin Jubal yang merupakan

bekas Ketua Kampung Sembulan dan berasal dari Mengkabong, Tuaran. Sebagai

Ketua Kampung, Hj Piassin telah memegang jawatan tersebut dan menguasai

tiga buah kampung di Sembulan iaitu Sembulan Lama, Sembulan Tengah dan

Sembulan Baru. Tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Kampung

di Sembulan adalah dari tahun 1982 sehingga 1993. Beliau mahir dalam ilmu

perubatan tradisional. Beliau merupakan anak jati Sembulan yang mempunyai

banyak pengetahuan serta berpengalaman tentang sejarah tempatan di Sabah.

Beliau adalah bekas pekerja dalam sektor pelancongan swasta di Pelabuhan

Jesselton Point, Kota Kinabalu.

Awang Zulkifli bin Nawawi, 61 tahun, Kampung Raganan Mengkabong 16 Februari

Beliau adalah cucu Bidin bin Embo Ain dan juga merupakan keturunan

Jalur Embo Ilang yang merupakan pahlawan yang disegani di Mengkabong (lihat

Salasilah). Awang Zulkifli adalah satu-satunya berdarah keturunan asal daripada

Raja Tua yang masih menyimpan salasilah dan koleksi peribadi yang masih

dipegang sehingga hari ini. Beliau merupakan bekas pegawai Lembaga Hasil

Dalam Negeri Malaysia, cawangan Kota Kinabalu, Sabah.

Published

2022-12-21

How to Cite

[1]
YUSRY SULAIMAN, BILCHER BALA, MOSLI TARSAT, RIZAL ZAMANI IDRIS and MOHD FIRDAUS ABDULLAH 2022. ASAL USUL MENGKABONG DAN PERANAN RAJA TUA: The Origin of Mengkabong and the Role of Raja Tua. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 7, 1 (Dec. 2022), 226–235. DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.3966.
Total Views: 489 | Total Downloads: 583