PENDIDIKAN SEBAGAI ALAT PROPAGANDA GERAKAN KOMUNIS DI SARAWAK, 1941 – 1976

Education as a Propaganda Tool of the Communist Movement in Sarawak, 1941 - 1976

Authors

  • Mohd Syafiq Zaini

Keywords:

Propaganda, Ideologi Komunis, Pendidikan, Pelajar, Sarawak

Abstract

Propaganda adalah satu elemen utama dan seringkali diguna pakai bagi penyebaran maklumat, idea, atau pendapat dengan niat untuk mempengaruhi seseorang atau sesebuah kumpulan. Dalam konteks kajian ini, pihak komunis di Sarawak juga turut menggunakan pendekatan ini untuk mempromosikan agenda politik, sosial atau ideologi mereka untuk memanipulasi fikiran umum. Maka dengan itu, kajian ini menganalisis peranan sistem pendidikan sebagai alat propaganda dalam menyokong dan menyebarkan ideologi gerakan komunis di Sarawak dari tahun 1941 hingga 1976. Fokus utama penulisan ini ialah melihat bagaimana fahaman ideologi komunis disebarkan melalui sistem pendidikan sedia ada pada ketika itu untuk menyebarkan ideologi komunis, merekrut ahli, dan menyatukan kuasa politik mereka dalam kalangan pelajar dan guru di Sarawak. Hasil kajian mendapati pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh komunis merangkumi penghasilan pelbagai bahan-bahan buku, penerbitan dan cetakan yang berunsur komunis diedarkan kepada pelajar. Kemudian, pelaksanaan aktiviti dalam dan luar kelas yang berunsurkan komunis. Akhir sekali, penentangan komunis terhadap polisi pendidikan kerajaan yang dilihat cuba menghapuskan budaya Cina. Artikel ini bersandarkan kepada sumber-sumber dokumen-dokumen kerajaan negeri, akhbar dan sumber ilmiah seperti artikel dan buku yang berkaitan.

References

Arkib dan Dokumen Kerajaan

C.0.947132. Paper for the Information of the Malaysia Commission, 1960-1962.

Fail Cawangan Khas Kontinjen Sabah dan Sarawak RASCOM./No.Siri: 0.08997/37.

Goodwin, F.W. (n.d). Sarawak Council Negri. Subversion in Sarawak.

Kertas Cetak Kerajaan. (1973). Countering Communist Subversion in Schools. Jabatan Cetak Kerajaan.

Nortb Borneo News and Sabah Times. 4 Disember 1962.

Sarawak Repository Record. (1957-1958). Sarawak Diary February. RH/2006/0012.

The Sarawak Gazette. 31 December 1952.

Utusan Sarawak. 28 Julai 1960.

Buku dan Jurnal

Ahmad Syakir & Sahul Hamid. (2021). Propaganda dan Keganasan Komunis di Sarawak, 1963 – 1972. Jurnal Perspektif, 12(2).

Britannica. (2023). Chinese Communist Party. https://www.britannica.com/topic/Chinese-Communist-Party. Akses pada 23 Julai 2023.

Bukhory Ismail, Amelia Aziz, & Zulkipli Abu Bakar. (2000). Kamus Komunikasi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Chin Ung-Ho. (1996). Chineses Politics in Sarawak, A Study of the Sarawak United Peoples Party. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Emyzul, I. (2019). Kerjasama Sarawak dan Kalimantan dalam menghadapi ancaman Komunis. 1963-1974. Borneo Research Journal, 13(1).

Ho Hui Ling. (1999). Kegiatan Clandestine Communist Organization (CCO) Di Sarawak, 1950-1963: Satu Tinjauan Umum. Jurnal Sejarah, 7(7).

Ho hui Ling. (2012). Orang Cina Dan Penglibatan Dalam Politik di Negeri Sarawak, 1841 -1963. Jurnal Sejarah. 20(20).

Ho Hui Ling. (2012). Strategi Pergerakan Komunis Dan Parti Komunis Malaya (PKM), 1920-1989. Sarjana, 27(2).

Ho Hui Ling. (2014). Penglibatan Orang Cina Dalam Gerakan Komunis di Sarawak, 1924-1874. Jurnal Sejarah, 23(1).

Kamus Dewan Bahasa & Pustaka. (t.t.). Definisi Propaganda. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=propaganda. Akses pada 20 Julai 2023.

Michael Leigh (ed.). (2000). Borneo 2000: Proceedings of the Sixth Biennial Borneo Research Conference, Kuching, Sarawak. Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak.

Mohd Reduan Asli. (1993). Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nararossa Peter Ballak. (2016). Ancaman Subversif Komunis di Bahagian Ketiga, Sarawak: 1966 – 1976. In-House Seminar: Revisiting Malaysian History, 1(1).

Syed Idrus Syed Ahmad & R. Santhiram. (1990). Perkembangan Pendidikan di Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Utusan Sarawak. (t.t.). Orang Cina Pada Zaman Brooke. https://www.utusansarawak.com.my/?p=29674. Akses pada 22 Julai 2023

Yoji Akashi. (1970). Japanese Policy Towards the Malayan Chinese 1941-1945. Journal of Southeast Asian Studies, 1(2).

Published

2023-01-21

How to Cite

[1]
Zaini, M.S.Z. 2023. PENDIDIKAN SEBAGAI ALAT PROPAGANDA GERAKAN KOMUNIS DI SARAWAK, 1941 – 1976: Education as a Propaganda Tool of the Communist Movement in Sarawak, 1941 - 1976. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 8, 1 (Jan. 2023), 215–232.
Total Views: 177 | Total Downloads: 133