PERANAN PEMIMPIN DALAM PEMBANGUNAN KURIKULUM BAHASA KADAZANDUSUN (BKD)

The Role of Leaders in The Development of The Kadazandusun Language Curriculum (BKD)

Authors

  • Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah
  • Jane Wong Kon Ling

Keywords:

Pemimpin Bahasa Kadazandusun, Jabatan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Institut Pendidikan Guru

Abstract

Kajian sejarah bahasa etnik secara kualitatif ini bertujuan untuk menelusuri peranan pemimpin dalam pembangunan kurikulum Bahasa Kadazandusun (BKD) dari tahun 1995 hingga tahun 2011. Sejak BKD diperkenalkan sebagai bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pemimpin turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan kurikulum BKD. Pemimpin dalam konteks kajian ini merujuk kepada pemimpin organisasi pendidikan yang terdiri daripada pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) yang kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Pengarah Institusi Pendidikan Guru (IPG). Pembangunan kurikulum BKD telah bermula di sekolah rendah selepas Parlimen meluluskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran BKD di sekolah rendah pada tahun 1994. Berikutnya, satu mesyuarat Bahasa Kadazan telah diadakan pada 25 Januari 1995. Pembangunan kurikulum BKD di IPG pula bermula tahun 2011 secara berfasa iaitu fasa perancangan, fasa penggubalan dan fasa pemurnian. Penglibatan yang serius dan komited di kalangan pemimpin organisasi pendidikan yang terlibat dalam proses pembangunan kurikulum BKD telah mencorakkan naratif sejarah perkembangan BKD sebagai bahasa etnik warisan bangsa dalam arus perdana di Malaysia.

References

Borneo Mail, 11 Mac 1999.

Borneo Mail, 15 Jun 1994.

Borneo Mail, 25 September 1994.

KLF News, Vol. 12/January – December 2010.

Minit Mesyuarat Bahasa Kadazan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 25 Januari 1995.

Minit Mesyuarat Bahasa Kadazan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 Oktober – 3 November 1995.

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 5/2000, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 10 Oktober 2000.

Perisytiharan Persetujuan Dialek Bunduliwan Sebagai Dialek Asas Pemiawaian dan Pembakuan BKD di antara Kadazandusun Cultural Association (KDCA) dan United Sabah Dusun Association. 11 April 1995.

Kertas Cadangan Pelaksanaan Kurikulum BKD Bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Akademik. Institut Pendidikan Guru (IPG) Induk, Cyberjaya bertarikh 10 Mei 2011.

Surat Panggilan Mesyuarat. Rujukan: KP (IPG) 8282/100/7/5 (35) bertarikh 14 Mei 2013; KP (IPG) S.8181/600/10/1/Jld.2 (4) bertarikh 05 September 2013.

Buku dan Jurnal

Annol, Evelyn dan Kinajil, Mary Teresa. 2014. Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran BKD di Malaysia 1994-2014. Jurnal Bahasa Kent . 2014.

Published

2023-12-21

How to Cite

[1]
Bagu, L. and Wong Kon Ling, J. 2023. PERANAN PEMIMPIN DALAM PEMBANGUNAN KURIKULUM BAHASA KADAZANDUSUN (BKD): The Role of Leaders in The Development of The Kadazandusun Language Curriculum (BKD). Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 8, 1 (Dec. 2023), 321–334.
Total Views: 487 | Total Downloads: 600