DAPATAN KAJIAN MOTIF BINTANG DALAM GENDANG GANGSA HEGER I DI MALAYSIA

Finding of the Star Motif in Heger Bronze Drum in Malaysia

Authors

  • Nordiana Nasuha Molinka

Keywords:

Gendang Gangsa, Motif, Heger, Timpanum

Abstract

Malaysia mempunyai beberapa koleksi gendang gangsa iaitu sebanyak 22 buah yang terdiri daripada Heger I, II, III dan beberapa buah gendang yang tidak dikenal pasti. Kesemua gendang gangsa tersebut adalah penemuan secara tidak sengaja, koleksi istana dan orang perseorangan yang kemudiannya menjadi milik Muzium Terengganu dan Muzium Matang, Perak. Pengkelasan gendang gangsa ditentukan oleh motif yang terdapat pada permukaan timpanum dan mantle. Antara motif tersebut adalah motif bintang yang terletak di tengah-tengah timpanum. Kajian mendapati motif bintang mempunyai signifikan tersendiri kerana dianggap penting dan merupakan inti utama dalam tanda pengenalan sebagai gendang gangsa. Selain itu, imej bintang juga merupakan perlambangan kepada konsep ketuhanan yang menguasai keseluruhan aspek kehidupan masyarakat yang terlibat. Sehubungan dengan itu, fokus perbincangan adalah menjurus kepada signifikan motif bintang yang terdapat pada timpanum gendang gangsa Heger I di Malaysia. Diharapkan dengan adanya kajian penulisan seumpama ini dapat memberikan data terbaru serta penjelasan dan pencerahan terkini terhadap kajian gendang gangsa di Malaysia.

Published

2023-12-21

How to Cite

[1]
Molinka, N.N. 2023. DAPATAN KAJIAN MOTIF BINTANG DALAM GENDANG GANGSA HEGER I DI MALAYSIA: Finding of the Star Motif in Heger Bronze Drum in Malaysia. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 8, 1 (Dec. 2023), 335–348.
Total Views: 28 | Total Downloads: 32