PENGURUSAN MUZIUM DAN CABARAN INSTITUSI PERMUZIUMAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, KOTA KINABALU
Museum Management and Challenges of Museum Institution at University Malaysia Sabah, Kota Kinabalu
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v9i1.5622Keywords:
Muzium, Galeri, Universiti Malaysia SabahAbstract
Penubuhan institusi permuziuman di bawah institusi pengajian tinggi memainkan peranan yang penting dalam menyokong pembelajaran yang lebih aktif melalui koleksi pameran yang difokuskan sejajar dengan keperluan universiti untuk menjadi pusat pendidikan yang unggul. Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan lima buah muzium dan galeri di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan menilai isu dan cabaran yang dihadapi dalam pengurusan institusi permuziuman UMS. Bagi melengkapkan kajian ini, pendekatan kualitatif telah digunakan dengan menjalankan kaedah pemerhatian dan temu bual dalam mendapatkan sumber primer. Seterusnya, kajian ini juga menggunakan sumber sekunder melalui kaedah kepustakaan dengan pembacaan artikel, buku dan internet. Artikel ini cuba memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa pengurusan koleksi muzium memerlukan prosedur yang sistematik untuk menyokong kepada kejayaan universiti sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan serta potensi muzium sebagai salah satu destinasi pelancongan di sekitar Sabah. Walaupun begitu, masih terdapat cabaran yang perlu ditangani oleh pihak pengurusan muzium di UMS seiring dengan pengurusan muzium di peringkat universiti. Maka, kajian ini telah memberikan beberapa saranan langkah untuk mengatasi isu dan cabaran yang dihadapi.
References
Jurnal dan Buku
A. Malik Ag. Raisin. (2003). Muzium-Muzium di Universiti Malaysia Sabah: Suatu Nota Penyelidikan, Jurnal Kinabalu. 29. 278-301.
Badrul Isa. (2008). Pedagogi Pendidikan Seni Visual di Muzium dan Galeri Seni: Satu Pendekatan. Universiti Teknologi Mara: Pusat Penerbitan (UPENA).
Chritstina Lister. (2020). Successful Marketing for Museums. United Kingdom: Association of Independent Museums.
Habibah Ahmad. (2014). Peranan Media Sosial Tripadvisor dalam Mempromosikan Tapak Warisan Dunia Melaka. Malaysian Journal of Society and Space. Vol. 10(8). 97-113.
Muhammad Amirul, Mohd Syuhaidi & Nor Azlin. (2019). Strategi Pemasaran Muzium: Kajian Kes Muzium Kesenian Islam Malaysia. Forum Komunikasi. Vol. 14(2). 64-90.
SER, S. H. (2020). Museums and Tourism: Reenginaring the Role of Museum in Malaysia’s Cultural Heritage Tourism. Jurnal Business Economic, Communication and Social Sciences (BECOSS). Vol. 2(1).
Zulkifli Abdul Aziz. (1974). Penubuhan Muzium-Muzium Negeri di Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur: Muzium Negara.
Kertas Kerja
Siti Aishah Yahya. Zuraidah Hassan & Aimi Khairunnisa. (2023). Pendidikan Muzium Membantu Pedagogi Pembelajaran dan Pengurusan Stres dalam Kalangan Pelajar: Suatu Kajian Teori dan Konsep, Prosiding Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA). Universiti Kebangsaan Malaysia: Fakulti Pengajian Islam.
Laman Sesawang
Arkib Universiti Malaysia Sabah. (2023). UMS Jadi Pusat Ilmu Unggul. Dipetik dari https://arkib.ums.edu.my/14819/1/UMS%20JADI%20PUSAT%20ILMU%20UNGGUL%20-%20UB%2004.10.2023%20P.01.pdf. Diakses pada 21 Jun 2024.
Berita Harian. 19 Jun 2022. MOTAC Giat Semarakkan Aktiviti Pelancongan, Seni dan Budaya yang Terjejas. Dipetik dari https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/06/967481/motac-giat-semarakkan-aktiviti-pelancongan-seni-budaya-terjejas. Diakses pada 2 Julai 2024.
Harian Metro. 6 Februari 2018. Bekalan Mayat Tidak Cukup. Diipetik dari https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2018/02/310597/bekalan-mayat-tak-cukup. Diakses pada 7 Jun 2024.
International Council of Museums (ICOM), 2020, Follow-up Suvey: The Impact of Covid-19 on the Museum Sector, dipetik dari https://icom.museum/en/covid-19/surveys-and-data/follow-up-survey-the-impact-of-covid-19-on-the-museum-sector/. Diakses pada 11 Julai 2024.
Universiti Malaysia Sabah. (2022) Muzium dan Galeri. Dipetik dari https://www.ums.edu.my/v5/ms/kenali-ums/28-muzium-koleksi. Diakses pada 30 Oktober 2023.
Temu Bual
Effandy Bin Mohd Hatta. 38 Tahun. Juruteknologi Makmal Perubatan Kanan. Muzium Perubatan. Universiti Malaysia Sabah. 27 Mei 2024.
Faranizah Binti Taufick. 39 Tahun. Kurator Kanan. Galeri Azman Hashim. Universiti Malaysia Sabah. 29 Mei 2024.
Flora Anne Asalin. 39 Tahun. Kurator Kanan. Aquarium dan Muzium Marin. Universiti Malaysia Sabah. 6 Mei 2024.
Hilmey Bin Saili. 40 Tahun. Timbalan Ketua Ketua Kurator. Muzium UMS. Universiti Malaysia Sabah. 6 Jun 2024.
Mohammad Puad Debit. 60 Tahun. Pengarah. Galeri Azman Hashim UMS. Universiti Malaysia Sabah. 29 Mei 2024.
Patherine Jimbau. 45 Tahun. Kurator Kanan. Galeri Borneensis. Universiti Malaysia Sabah. 7 Jun 2024.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my

