PENGARAP LAMA DALAM BUDAYA IBAN: PENELITIAN ANIMISME IBAN
Pengarap Lama in Iban Culture: Research of Iban Animism
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v9i1.5623Keywords:
Pengarap Lama, Budaya, Iban, Kepercayaan Tradisional, AnimismeAbstract
Budaya Iban di Sarawak, Malaysia, sangat kaya dengan elemen animisme yang tercermin dalam amalan Pengarap Lama Iban, iaitu ritual dan kepercayaan warisan yang diwarisi secara turun temurun. Penelitian ini bertujuan untuk mendalami Pengarap Lama Iban dan mengkaji peranannya dalam amalan kepercayaan warisan atau animisme masyarakat Iban. Melalui pendekatan kualitatif, penelitian ini melibatkan temu bual secara In-depth Interview dengan golongan pakar adat Iban. Hasil penelitian menunjukkan bahawa Pengarap Lama Iban memainkan peranan penting dalam menghubungkan masyarakat Iban dengan alam semesta, roh leluhur, etika malah sebagai penanda hidup serta panduan moral untuk melestarikan kebaikan dalam kehidupan mereka. Ini kerana walaupun berlakunya perubahan zaman, penganutan agama-agama besar, seperti agama Islam dan agama Kristian, akan tetapi masih ada masyarakat Iban sehingga hari ini yang masih berpegang kuat dengan Pengarap Lama Iban. Sehubungan dengan itu, diharapkan penelitian ini dapat menyumbang kepada kefahaman yang lebih mendalam dan secara terperinci mengenai Pengarap Lama Iban yang merupakan warisan terpenting dalam budaya Iban di Sarawak.
References
Buku dan Jurnal
Basil, T. (1949). Dayak Belief. Sarawak Museum Journal, V (1), 59-62.
Buma, M. (1992). Iban Customs and Traditions. Kuching: Borneo Publication Sdn. Bhd.
Chang P. F. (1999). Legends and History of Sarawak. Kuching: Lee Ming Press Co.
Freeman, D. (1955). The Iban Agriculture. Department of Geography, Research School of Pacific Studies. Canberra: The Australian National University Press.
Gomes, E. H. (2004). Seventeen Years Among the Sea Dayaks of Borneo. Kota Kinabalu: Natural History Publications.
Harrison, T. (1959). The Sarawak People. Curator: Sarawak Museum Journal.
Jensen, E. (1966). The Iban World. Sarawak Museum Journal, XIII, 1-13.
Jensen, E. (1974). Piring. Vinson & Joanne S., The Encyclopaedia of Iban Studies, (2001), (14681469). Sarawak: Yayasan Tun Jugah.
Jensen. E. (1974). The Iban and Their Religion. London: Oxford at the Clarendon Press.
Morgan, S. (1968). The Earliest Ibans, Sarawak Museum Journal, Vol. XVI, 154-155.
Morgan, S. (1968). Traditional Iban Society, Culture and Ecology. London: Oxford University Press.
Morrisson, H. (1962). Life in A Longhouse. Kuching: Borneo Literature Burreau.
Mulok, P. K. (1989). Iban Cultural Heritage, Sarawak Museum Journal, XL, 15-19.
Mulok. P. K. (1989). Iban Traditional Values and Norms, Sarawak Museum Journal, XL, 5-9.
Mulok. P. K. (1993). Iban Bejalai. Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn. Bhd.
Mulok. P. K. (1980). Modernization Among the Iban of Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ngadi, H.G. (1998). Iban Rites Of Passage And Some Related Ritual Acts: A Description Of Forms And Functions. Kuala lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Richards, (1981). The Encyclopaedia of Iban Studies, Sarawak: Yayasan Tun Jugah.
Sandin, B. (1967). Peturun Iban. Kuching: Borneo Literature Bureau.
Sandin, B. (1967). Simpulang or Pulang Gana: The Founder of Dayak Agriculture, Sarawak Museum Journal, XV, 251-253.
Sandin, B. (1967). The Sea Dayaks of Borneo Before White Rajah Rule. London: Macmillan
Sandin, B. (1977). Gawai Burong: The Chants and Celebration of the Iban Bird Festival. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Sutlive, V. H. (1992). The Iban of Sarawak. Arlington Heights, Illinois: AHM Publishing Corporation.
Temu Bual
Abang Anak Entarey. 75 Tahun. Lemambang Iban di Kapit. 31 Januari 2023 (Sudah meninggal dunia).
Datuk Sri Edmmund Langgu. 88 Tahun. Tokoh Politik dan Pakar Adat Iban. 23 September 2023.
Janang Ensiring. 68 Tahun. Pegawai Adat Iban di Yayasan Tun Jugah. 10 Julai 2023.
Jimbun Anak Tawai. 70 Tahun. Bekas Pegawai Penyelidik Kebudayaan Seksyen Iban di Majlis Adat Istiadat Sarawak. 30 Oktober 2023.
Kendawang Anak Ambit. 71 Tahun. Tuai Rumah dan Tuai Burung di Rumah Kendawang, Nanga Klassen, Undop, Sri Aman. 2 November 2023.
Robert Menua Salleh. 66 Tahun. Pengarah Yayasan Tun Jugah. 10 Oktober 2023.
Tugang Anak Rima. 89 Tahun. Pakar Adat Iban Undop, Sri Aman. 29 Januari 2023 (Sudah meninggal dunia).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my