SEJARAH ADAT DAN BUDAYA PEMMALI MASYARAKAT BUGIS DI SANDAKAN
History of Pemmali Customs and Culture of The Bugis Community in Sandakan
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v9i1.5646Keywords:
Adat, Budaya, Pemmali, Masyarakat Bugis, SandakanAbstract
Kekayaan warisan adat dan budaya telah mewarnai kehidupan bermasyarakat di negeri Sabah. Kepelbagaian adat dan budaya menjadi cerminan identiti sosial masyarakat yang harus difahami melalui perspektif dan elemen budaya. Oleh itu, artikel ini bertujuan mengupas adat dan budaya Pemmali sebagai warisan kebudayaan masyarakat Bugis Sabah khususnya di daerah Sandakan. Artikel ini juga akan mengetengahkan asal-usul dan faktor migrasi masyarakat Bugis ke Sandakan bersama-sama dengan kelangsungan amalan adat dan budaya Pemmali yang dibawa dari tanah leluhur Bugis (Sulawesi Selatan). Dalam pada itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis perkembangan amalan adat dan budaya Pemmali bagi mengetengahkan beberapa isu dan cabaran dalam Pemmali sekaligus memberikan cadangan dan langkah bagi mengatasi isu dan cabaran tersebut. Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif bagi mendapatkan sumber primer dan sekunder melalui kaedah kepustakaan dan temu bual. Hasil kajian mendapati adat dan budaya Pemmali masyarakat Bugis adalah sebuah sistem pantang larang yang dibawa dari tanah leluhur mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa perkembangan adat dan budaya Pemmali telah diklasifikasikan kepada Pemmali yang mempunyai sebab dan akibat dan Pemmali yang tidak mempunyai sebab dan akibat. Selain itu, kajian ini turut mendapati enam isu utama iaitu globalisasi, pertentangan budaya dengan nilai moden, pengaruh dan pertentangan agama, migrasi dan asimilasi, kurangnya penyelidikan dan pendokumentasian serta kurangnya pemerkasaan peranan daripada pihak berkepentingan. Justeru itu, kajian ini diharap akan menjadi salah satu rujukan dan bahan bantu kepada semua pihak agar pendokumentasian adat dan budaya masyarakat Bugis terutamanya Pemmali dapat digiatkan secara menyeluruh bagi memelihara kelangsungan khazanah adat dan budaya.
References
Jurnal dan Buku
Abdul Kahar, Iwan Triyuwono, Gugus Irianto & Unti Ludigdo. (2013). Management Control Systems Concept Construction Of ‘Panngadereng’ Based On Local Wisdom Values. Journal of Bussiness and Management. Vol. 8 (2): 21-30.
Ajen Irma Macshury, M. Bahri Arifin & Syamsul Rijal. (2020). Pemali dalam Budaya Etnik Paser di Kabupaten Paser: Satu Tinjauan Semiotika. Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya. Vol. 4(2): 315-329.
Andi Fadlan Sukmah, Lukman, Ery Iswary & Firmah Salleh. (2022). Representasi Tanda Dalam Ungkapan Pemmali Pada Masyarakat Bugis di Kabupaten Barru. Jurnal Noken: Ilmu-Ilmu Sosial. Vol. 8 (1):65-77.
Andika. (2021). Dampak Globalisasi Terhadap Eksistensi Budaya. Jurnal Dialetika, Sosial dan Budaya. Vol.2 (1): 1-14.
Arun Sanjaya, Andi Agussalim & Andi Fatimah Junus. (2023). Pemmali Dalam Mitos Kepercayaan Masyarakat Bugis Sindreng Rappang. South Asean Journal of Social Studies. Vol. 3(2): 236-241.
Gene Ammarell. (2002). Bugis Migration and Modes of Adaptation to Local Situation. Ethnology. Vol.41(1): 51-67.
Ivie Carbon Esteban. (2010). The Narrative of War in Makassar: Its Ambiguities and Contradictions. International Journal of the Malay World and Civilisation. Vol. 28(1): 129-149.
Khairiyah Mohd. Yasin. (2004). Hubungan Budaya dan Ilmu dari Perspektif Barat dan Islam. Jurnal MANU. Vol. 20: 25-51.
Mansur Tanra, Asmiaty Amat & Lokman Abdul Samad. (2019). Pemmali Dalam Masyarakat Bugis Di Pantai Timur Sabah. Jurnal Komunikasi Borneo. Vol. 7: 29-38.
Mohd Taib Osman. (1988). Kebudayaan Dalam Beberapa Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mustaqim Pabbajah. (2012). Religiutus Dan Kepercayaan Masyarakat Bugis-Makassar. Jurnal Al-Ulum. Vol. 12 (2): 397-418.
Norhidayah Hasbullah & Dzurizah Ibrahim. (2020). Hubungan Pekerjaan Di Sektor Informal: Kajian Kes Di Lawas, Sarawak, Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities. Vol. 17 (6): 236-251.
Novi Syahfitri, M. Bahri Arifin & Syamsul Rijal. (2019). Pemali Dalam Masyarakat Etnik Bugis Di Kota Samarinda: Suatu Tinjauan Semiotika. Jurnal Ilmu Budaya. Vol. 3(2): 221-232.
Nur Diyana Zamani & Hasmidar Hassan. (2018). Bahasa Pantang Larang Masyarakat Melayu dan Hubungannya Dengan Prinsip Relevans Kognitif dan Prinsip Relevans Komunikatif. Jurnal Pengajian Melayu. Vol. 29: 119-155.
Puji Kurniawan. (2014). Mengakhiri Pertentangan Antara Agama & Budaya. Kota Bandung: Pustaka Aura Semesta.
Rahilah Omar, Khazin Mohd. Tamrin, Nordin Hussin & Nelmawarni. (2009). Sejarah Kedatangan Masyarakat Bugis Ke Tanah Melayu: Kajian Kes Di Johor. JEBAT. Vol. 36: 41-61.
Rujina M, Bahri Arifin & Syamsul Rijal. 2020. Pemali Dalam Budaya Etnik Dayak Lundayeh Di Kota Samarinda: Satu Tinjauan Semiotika. Jurnal Bahasa, Sastra, Seni dn Budaya. Vol. 4 (4): 614-626.
Suraya Sintang. (2005). Punca Penghijrahan Orang Bugis ke Tawau, Sabah. Jurnal Peradaban Melayu. Vol. 3: 83-100.
Suraya Sintang. (2013). Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah. Kota Kinabalu: Penerbit UMS.
Yuniar Rahmatiar, Suyono Sanjaya, Deny Guntara & Suhaeri. (2021). Hukum Adat Suku Bugis. Jurnal Dialektika Hukum. Vol. 3 (1): 89-112.
Yus Darusman, Mumu, Mustakim & Wiwin Herwina. (2019). Model Pewarisan Budaya Melalui Pendidikan Informal (Pendidikan Tradisional) Pada Masyarakat Pengrajin Kayu. Wacana Akademika: Majalah Ilmiah Kependidikan. Vol. 3 (1): 95-108.
Zaenal Abidin, Sabri Samin & Moh. Sabri Ar. (2019). Pemmali: Metode Dakwah Leluhur Bugis Makassar. Jurnal Tabligh. Vol. 20 (1): 88-105.
Latihan Ilmiah/Tesis
Mutmainah. (2020). Pemmali Pada Budaya Bugis Baring Dalam Perspektif Pendidikan Islam, Tesis Sarjana. Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang: Malang, Indonesia.
Nurhidayah BM. (2015). Taboos in Soppeng Culture (Ethnography Study), Tesis Sarjana. University Islam Negeri Makassar: Makassar, Indonesia.
Laman Sesawang
Bernama. (2019). Tangguh Lantikan Ketua Kampung Dari Suku Bugis, Jawa, Dapat Perhatian. Bernama. diakses melalui https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1691578.
Harakah Daily. (2021). Hukum Bukan Mahram Mencium Jenazah. diakses melalui https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/17/.
Temu Bual
Marlinah Muhidin. 42 Tahun. Masyarakat Bugis. Kampung Tinusa 2, Sandakan. 24 Jun 2024.
Siam Malan Media. 58 Tahun. Masyarakat Bugis. Kampung Tinusa 2, Sandakan. 24 Jun 2024.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
![](/ojums/public/site/icon-view.png)
![](/ojums/public/site/icon-download.png)