SEJARAH KEHADIRAN IMIGRAN CINA DAN PENGARUHNYA TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT TEMPATAN DI SANDAKAN (1881-1941)
History of Chinese Immigrants Arrival and Their Influence on The Socio-Economic Development of Local Communities in Sandakan (1881-1941)
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v9i1.5962Keywords:
Imigran, Cina, SandakanAbstract
Kajian ini berfokuskan terhadap pengaruh kehadiran imigran Cina semasa tahun 1881 hingga 1941 dalam perkembangan sosioekonomi di Sandakan. Semasa Borneo Utara berada di bawah pentadbiran British, terdapat pelbagai skim dilaksanakan bagi menggalakkan imigran Cina masuk ke Sandakan untuk memenuhi tenaga buruh di estet dan ladang. Hal ini kerana pihak British berpendapat bahawa buruh Cina sesuai untuk diambil sebagai tenaga buruh kerana bukan sahaja disebabkan oleh sikap mereka yang rajin bekerja bahkan British juga berpendapat bahawa mereka akan memperolehi keuntungan daripada kutipan duti dan cukai operasi perniagaan judi dan candu kerana orang Cina mempunyai tabiat berjudi, candu dan meminum arak. Selain daripada memenuhi keperluan ekonomi British, terdapat juga imigran Cina yang masuk di Borneo Utara sebagai peniaga (Towkay), pemodal dan mubaligh. Justeru itu, terdapat tiga objektif kajian iaitu menelusuri latar belakang kehadiran imigran Cina di Sandakan tahun 1881 sehingga tahun 1941, menjelaskan keterlibatan dan sumbangan imigran Cina dari aspek sosioekonomi di Sandakan tahun 1881 sehingga tahun 1941 serta menganalisis impak pengaruh imigran Cina terhadap perkembangan sosioekonomi masyarakat tempatan di Sandakan pada tahun 1881 sehingga tahun 1941. Bagi mengukuhkan penulisan ini maka pengkaji akan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kepustakaan dan kaedah sorotan literatur. Kajian ini menunjukkan terdapat beberapa bentuk keterlibatan dan sumbangan imigran Cina di Sandakan seperti kemunculan sekolah Cina, syarikat Cina dan kewujudan rumah ibadah seperti tokong. Secara tidak langsung, telah membawa beberapa impak pengaruhnya terhadap perkembangan sosioekonomi masyarakat tempatan di Sandakan seperti perubahan budaya melalui perkahwinan campur, pertumbuhan populasi masyarakat, perubahan ekonomi masyarakat tempatan.
References
Dokumen Kerajaan
North Borneo Central Archives. File 480. Ordinance 9 of 1916. Arkib Negeri Sabah. Hlm. 588.
Borneo Travel News. 1990. History of Hakkas. 4 Oktober. Hlm. 20.
British North Borneo Herald. 1905. Chinese Festivities in Sandakan. 16 May. Arkib Negeri Sabah. Hlm. 49.
Daily Express. 2000. The Early Kapitan Cina of Sabah. 4 Disember. Hlm. 122.
Daily Express. 2002. St Monica in Need of RM 400,000. 19 Ogos. Hlm. 220.
Buku dan Jurnal
Bhar, S. (1979). Sandakan One Hundred Years 1879-1979. Sandakan: Sandakan Town Board Centenary Celebration Committee.
Bhar, S. (1980). Sandakan: Gun Running Village to Timber Centre, 1879-1979. Journal of the Malaysia Branch of the Royal Asiatic Society, 53(1): 120-149.
Calvin, Y. (2008). Institutio Pengajaran Agama Kristen. Jakarta: PT BPK Gunung Mulia.
Han, S. F. (1978). Inter-Group Marriages Among Chinese Speech Groups in Sabah, East Malaysia: Continuity and Change. Southeast Asian Journal of Social Science. 6(1): 1-16.
James, A. (2020). Sejarah Perjudian di Borneo Utara (1881-1941). Jurnal Borneo Arkhailogia. 5(1): 105-118.
Kahin, G. M. (1947). The State of North Borneo 1881-1946. The Far Eastern Quarterly. 7(1): 43-65.
Koton, R. (2014). Sejarah Penglibatan Buruh Tempatan Dalam Sektor Perladangan di Borneo Utara: 1881-1941. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan.
Lee, Y. L. (1965). The Chinese in Sabah (North Borneo) (Die Chinesen in Sabah (Nord Borneo)). Erkunde. 19(4): 306-314.
Lin, S. S. (2001). Perkembangan Sekolah-Sekolah Cina di Borneo Utara/Sabah, 1888-1970: Suatu Tinjauan Dari Segi Sejarah. Tesis Ijazah Sarjana Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
Low, H. (1880). Selesilah (Book of the Descent) of The Rajas of Bruni. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, 5: 1-35.
Maureen De Silva. (2009). Javanese Indentured Labourers in British North Borneo 1914-1932, Tesis Kedoktoran. University of London: Department of History School of Oriental and African Studies.
Maureen De Silva. (2011). Javanese Labour Migrants in British North Borneo, 1914-1932. Bumantara: Journal of Social and Poltical Development, Vol. 1, No. 1: 28-29.
Maureen De Silva & Nursyazwani Edinin. (2021). Kapal Wap, Laluan Maritim dan Penghantaran Buruh Cina dan Jawa ke Borneo Utara, 1881-1941. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(8): 293-307.
Mercer, W. H. (1932). Dominions Office and Colonial Office List. Londons: Waterlow & Sons Limited.
Mohd Taufiq Jumat. (2015). Perkembangan Pelabuhan dan Perdagangan di Sandakan (1883-1941). Tesis Ijazah Sarjana Muda. Universiti Malaysia Sabah: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan.
Mosli Tarsat. (2020). Pembangunan Ekonomi Kelautan Pantai Timur Borneo Utara, 1704-1941. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Noin, J. (2011). Perkembangan Penanaman Getah di Sabah, 1892-1941. Jurnal Sejarah. 19(19): 47-77.
Northrup, D. (1995). Indentured Labor in the Age of Imperialism, 1834-1922. New York: Cambridge University Press.
Seah, S.L. (2001). Perkembangan Sekolah Cina Di Sabah (1888-1970). Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.
Siti Aidah Lukin. (2002). Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963). Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Sains Sosial.
Syaib Ahmed & Maureen De Silva. (2021). Sejarah Perburuhan: Sistem Perekrutan Buruh di Borneo Utara 1881-1941. Jurnal Borneo Arkhailogia, 6(1): 91-105.
Tate D. J. (1996). Planting in Nineteenth Century Sabah and Sarawak. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 69(1), 37-63.
Tregonning, K.G. (1958). Under Chartered Company Rule. Singapore: University of Malaya Press.
Tregonning, K. G. (2007). Under Chartered Company Rule North Borneo 1881-1946. Kuala Lumpur: Synergy Media.
Wong, D. T. K. (1998). The Transformation of An Immigrant Society: A Study of The Chinese of Sabah. London: Asean Academic Press.
Wong, D. T. K. (2001). The Early Kapitan China In The Malaysian State of Sabah, 1887-1946. Journal of Malaysian Chinese Studies, 4: 113-128.
Wong, D. T. K. (2005). The Search for Modernity: Chinese in Sabah and English Education. Singapore: Singapore University Press.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my