PERKEMBANGAN PULAU JAMBONGAN PASCAMERDEKA: 1963 - 2013

Development of Jambongan Island Post-Independence: 1963-2013

Authors

  • Risna Nirwana Shin Lee Jin

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v9i1.5980

Keywords:

Pulau Jambongan, Masyarakat Maritim, Sosioekonomi

Abstract

Pulau Jambongan merupakan salah sebuah pulau yang terdapat di negeri Sabah dan menjadi sebahagian daripada daerah Beluran. Pulau Jambongan dianggap sebagai pulau yang terpinggir daripada arus pembangunan. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti perubahan corak pentadbiran atau politik di Pulau Jambongan selepas kemerdekaan dari tahun 1963 hingga 2013. Objektif kajian yang kedua pula pengkaji akan menghuraikan perubahan dalam aspek ekonomi atau sumber pendapatan masyarakat pulau semasa penjajahan dan selepas negara berjaya mencapai kemerdekaan. Seterusnya pengkaji akan merungkai perubahan dalam aspek sosial dan masyarakat di Pulau Jambongan selepas kemerdekaan (1963- 2013). Dalam melakukan kajian ini, bahan-bahan kajian yang menulis tentang Pulau Jambongan mempunyai bahan rujukan yang sangat terhad. Oleh itu, bagi mencapai objektif kajian, kaedah kualitatif telah digunakan dengan memberi fokus kepada pengumpulan data berasaskan bentuk temu bual, pemerhatian di kawasan lapangan dan analisis dokumen serta barangan tinggalan informan. Kaedah kajian yang utama iaitu kaedah lisan diikuti sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer merangkumi bahan-bahan daripada arkib dalam bentuk laporan, fail rasmi dan surat menyurat terdahulu. Sumber sekunder terdiri daripada buku-buku, sumber internet, akhbar dan artikel. Dapatan awal kajian ini mendapati gaya hidup masyarakat Pulau Jambongan selepas kemerdekaan lebih banyak bergantung kepada usaha masyarakat sendiri dan hal ini telah menyebabkan berlakunya penghijrahan penduduk tempatan ke kawasan bandar yang menawarkan fasiliti yang lebih baik seperti pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Kajian ini penting untuk dijadikan usaha awal untuk mengangkat serta mempromosikan Pulau Jambongan agar mendapat perhatian dan diusahakan sama pentingnya seperti pulau-pulau lain di Malaysia.

References

Buku dan Jurnal

Ismail Ali. (2009). Perkembangan Teknologi Menangkap Ikan di Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Ismail Ibrahim, Mohammad Azareen Aminullah, Humin Jusilin, Mohommad Pu’ad Debit dan Zaimie Sahibil. (2013). Warisan Seni dan Budaya Masyarakat Kepulauan Pesisir Sabah, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Madrasah Darul Sunnah. (2018). Profile Pengenalan Eksekutif Madrasah Darul Sunnah. (Tidak Diterbitkan).

Maslijan Abul Rasad. (2012). Majalah Dewan Budaya Keluaran November 2012. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Jirey Kumalah, Gusni Saat, Jabil Mapjabil, Rosazman Hussin, Teuku Afrizal dan Mustapa Abu Talip. (2015). Kearifan Tempatan dan Potensinya Sebagai Tarikan Pelancongan Berasaskan Komuniti: Kajian Kes Komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space. 11(12): 112-128.

Norazam Hashimudin. 2017.Penulisan Sejarah Pulau Jambongan. (Tidak Diterbitkan).

Gabongan. (1982). Phase II Report Development of Pulau Jambongan. Kerajaan Negeri Sabah: Unit Perancang Ekonomi Sabah.

Tony Paridi Bagang dan Asri Salleh. (2019) Krisis Politik Sabah Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14, Kota Kinabalu: Universiti Teknologi MARA, Kampus Sabah.

Tregonning, K.G. (2007). Under Chartered Company Rule: North Borneo 1881-1946, Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Laman Sesawang

Arm. (2014). Penduduk Pulau Jambongan Berpeluang Mendapat Pemeriksaan Kesihatan Percuma. Dalam, https://beritasandakanfm.wordpress.com/2014/02/21/21-02-2014. Diakses 23 Julai 2020.

Ismail Ali. (2017). Sejarah Pentadbiran Awal di Sabah. Dalam, https://www.utusanborneo.com.my/sabah. Diakses pada 20 Julai 2020.

Iswadiman Shamsuddin. (2016). Aset Anggota Keselamatan di Pulau Jambongan Perlu Ditambah. Dalam, https://beritasandakanfm.wordpress.com/2016/05/11/4-5-2016-aset- anggota-keselamatan-di-pulau-jambongan-perlu-ditambah/. Diakses pada 23 Julai 2020.

Juzaimie Jazlan. (2016). Pulau Jambongan Banyak Pantang Larang. Dalam, www.bharian.com.my/bhplusold/2016/05/154756/pulau-jambongan-banyak-pantang-larang. Diakses pada 20 Julai 2020.

Informen

Hashimudin Bin Abdul Mahid. 61 Tahun. Wakil Ketua Anak Negeri. Perbincangan Mengenai Pulau Jambongan Pascamerdeka. 26 Julai 2019.

Hj. Abdul Rauf bin Haji Jalil. 77 Tahun. Bekas Ketua Kampung (BERJAYA-UMNO). Perbincangan Mengenai Pulau Jambongan Pascamerdeka. 27 Julai 2019.

Hj. Ali Matar Bin Hj. Abdul Razak. 74 Tahun. Bekas Wakil Ketua Negeri (UMNO), Sekarang Imam Rawatib Kg. Bahanan. Perbincangan Mengenai Pulau Jambongan Pascamerdeka. 27 Julai 2019.

Hj. Mastari Bin Hj. Abdul Razak. 63 tahun. Bekas Tentera Polis 1969 – 2004. Perbincangan Mengenai Pulau Jambongan Pascamerdeka. 26 Julai 2019.

Jandah @ Hassan Bin Kasui. 50 Tahun. Guru Besar SK Malalin. Perbincangan Mengenai Pulau Jambongan Pascamerdeka. 26 Julai 2019.

Mohammad Hasan Bin Harun. 65 tahun. Nelayan dan Pembuat Perahu. Perbincangan Mengenai Pulau Jambongan Pascamerdeka. 27 Julai 2019.

Norhisam Hashimudin. 23 Tahun. Pelajar. Perbincangan Mengenai Pulau Jambongan Pascamerdeka. 13 Julai 2020.

Published

2025-01-13

How to Cite

[1]
Shin Lee Jin , R.N. 2025. PERKEMBANGAN PULAU JAMBONGAN PASCAMERDEKA: 1963 - 2013: Development of Jambongan Island Post-Independence: 1963-2013. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 9, 1 (Jan. 2025), 261–280. DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v9i1.5980.
Total Views: 103 | Total Downloads: 51