KEMEROSOTAN SUKU KAUM MURUT DI BORNEO UTARA (1921-1960)

The Decline of Murut Tribes in North Borneo (1921-1960)

Authors

  • Nur Fardha Ayu Jusnih
  • Zainuddin Baco

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v9i1.5981

Keywords:

Murut, Borneo Utara, Kemerosotan Kesihatan

Abstract

Suku kaum Murut merupakan salah satu kaum yang menetap di Borneo Utara. Kajian ini merungkai mengenai faktor sejarah kesihatan dan penyakit yang dihadapi dalam menyumbang kepada kemerosotan suku kaum Murut di Borneo Utara sepanjang tempoh tahun 1921 sehingga 1960. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan sejarah melalui analisis kandungan bahan arkib dan kepustakaan bagi memahami punca yang membentuk penurunan populasi suku kaum Murut sepanjang tempoh ini. Pengkaji telah mendapati bahawa penyakit merupakan faktor utama yang mempengaruhi kemerosotan populasi kaum Murut. Di samping itu, kemerosotan ini juga dipengaruhi oleh gaya hidup kaum Murut serta pengenalan pendidikan barat yang telah mengganggu sistem moral, kepercayaan dan rangkaian persaudaraan lalu menyumbang kepada hakisan budaya dan kepincangan sosial. Kajian ini telah menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai cabaran yang dihadapi oleh kaum Murut dengan menerangkan interaksi faktor sejarah kesihatan masyarakat Murut yang menyebabkan kemerosotan dalam populasi mereka.

References

Published

2025-01-13

How to Cite

[1]
Jusnih, N.F.A. and Baco, Z.B. 2025. KEMEROSOTAN SUKU KAUM MURUT DI BORNEO UTARA (1921-1960): The Decline of Murut Tribes in North Borneo (1921-1960). Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 9, 1 (Jan. 2025), 281–290. DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v9i1.5981.
Total Views: 10 | Total Downloads: 7