IMPAK PERLOMBONGAN TEMBAGA MAMUT COPPER MINE KE ATAS PEMBANGUNAN SOSIAL SABAH: PENELITIAN TERHADAP DAERAH RANAU 1965-1999
The Impact of Mamut Copper Mine on Sabah Social Development: A Study of the Ranau Region 1965-1999.
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v9i1.5985Keywords:
Mamut Copper Mine, Perlombongan Tembaga, MamutAbstract
Perkembangan sektor perlombongan berasaskan tembaga telah memberi pelbagai implikasi sosioekonomi kepada pembangunan Sabah khususnya di daerah Ranau. Artikel ini bertujuan untuk meneliti sejarah impak kegiatan sektor perlombongan Mamut Copper Mine (MCM) sebagai salah satu sumber yang mempengaruhi aspek pembangunan sosial negeri Sabah, kedua menganalisis impak perlombongan tembaga khususnya terhadap peningkatan latihan, jumlah penawaran buruh dan kebajikan sosial pekerja serta menganalisis kesan pencemaran dan cara untuk mengatasinya sepanjang aktiviti perlombongan ini berjalan antara 1965 hingga 1999. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang merujuk kepada sumber primer yang terdapat Arkib Negeri Sabah, Arkib Negara Cawangan Sabah, serta agensi-agensi berkaitan yang mempunyai koleksi sumber primer seperti minit mesyuarat ataupun laporan tahunan berkenaan tema kajian. Sumber sekunder pula merujuk kepada sumber dalam bentuk buku, artikel serta penulisan ilmiah lain seperti tesis. Sumber temubual digunakan bagi melengkapkan penulisan dalam kajian ini. MCM membuka peluang pekerjaan secara besar-besaran dan memberikan latihan dari segi kemahiran dan pentadbiran kepada pekerjanya. MCM merupakan syarikat yang menjaga kebajikan pekerja apabila mendirikan sebuah klinik di kawasan lombong untuk kegunaan pekerja dan keluarga mereka. Walaupun perlombongan mempunyai kesan positif, namun kesan negatif seperti pencemaran juga tidak dapat disangkal. Penutupan sepenuhnya operasi lombong tembaga di Mamut pada tahun 2003 secara tidak langsung telah menghentikan seluruh aktiviti perlombongan yang menyumbang kepada perkembangan sosial negeri Sabah.
References
Arkib dan Laporan Kerajaan
Kinabalu Sabah Times. (1970). Japan Wants More Inverstment in Sabah. 7 Julai 1970.
Mamut Copper Mining. (1991). Copper 2, MCM Sebagai Model Pengusaha Lombong. Mamut: Mamut Copper Mining Sdn Bhd.
Mamut Copper Mining. (1991). Copper 3, MCM Perolehi Pengiktirafan WWF. Mamut: Mamut Copper Mining Sdn Bhd.
Mamut Copper Mining. (1992). Copper 5, Perlombongan Bukan Punca Pencemaran. Mamut: Mamut Copper Mining Sdn Bhd.
Mamut Copper Mining. (1993). Copper 6, Dari Meja Pengarah Urusan. Mamut: Mamut Copper Mining Sdn Bhd.
Mamut Copper Mining. (1993). Copper 7, Pusat Buangan Lembah Mamut. Mamut: Mamut Copper Mining Sdn Bhd.
Mamut Copper Mining. (1995). Copper 14, Kenaikan Gaji Bagi Pekerja Mamut. Mamut: Mamut Copper Mining Sdn Bhd.
Mamut Copper Mining. (1997). Copper 18. Mamut: Mamut Copper Mining Sdn Bhd.
Mamut Copper Mining. (1998). Copper 21. Mamut: Mamut Copper Mining Sdn Bhd.
State of Sabah. (1977). Third Malaysia Plan 1976-1980. Kota Kinabalu: Chief Minister’s Department.
State of Sabah. (1980). Fourth Malaysia Plan 1981-1985, Phase 1 Report Task Force Ii, Forestry, Miningand Natural Resources Development. Kota Kinabalu: Chief Ministers Department.
Suarita Mamut. (1982). Mamut News Bulletin Bil 1. Suarita Mamut
Suarita Mamut. (1982). Mamut News Bulletin Bil 9, Suarita Mamut, November 1986.
Suarita Mamut. (1983). Mamut News Bulletin Bil 4. Suarita Mamut, November.
Suarita Mamut. (1984). Mamut News Bulletin Bil 7. Suarita Mamut, Disember 1984.
Unit Perancang Ekonomi. (1978). Mamut Copper Mine. Cost Benefit Study, Kota Kinabalu: Yunit Perancang Ekonomi. Jabatan Ketua Menteri. Hlm 2.
Kinabalu Sabah Times. (1977). Copper Still Short of Target. 8 Februari 1977.
Buku dan Jurnal
Md Saffie Abdul Rahim. (2019). 100 Tahun Jepun Dalam Pembangunan Ekonomi Di Sabah 1880-1980. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Antony Van Der Ent. Mansour Edrak. (2016). Environmental Geochemistry of the Abandoned Mamut Copper Mine (Sabah) Malaysia. DOI 10.1007/S10653-016- 9892-3.
Md Saffie Abdul Rahim. (2016). Imigran Jepun Di Sabah: Impaknya Terhadap Ekonomi 1880an-1980an. Universiti Sains Malaysia.
Moin Ahmad. (1986). Kesan Masalah Hakisan Dan Pemendapan Sungai Lohan: Kajian Kes Di Kampong Lohan Ranau. Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan University Sains Malaysia.
Temu Bual
Encik Farlin Alam. 68 Tahun. Kampung Lohan Ranau, 20 Julai 2022.
Encik James Kini. 65 Tahun. Keningau. 14 Februari 2020.
Encik Justin Sompot. 68 Tahun. Kampung Ulu Lohan Ranau. 23 Julai 2022.
Encik Jahalan bin Asbin. 41 Tahun. Kg Lohan Ranau. 24 Julai 2022
Arthur Leo. Pembantu Geosains Kanan. Jabatan Mineral dan Geologi Sabah. 18 Julai 2019,
Puan Rumihing Kimin. 52 Tahun & Kimin Sondigi. 88 Tahun. Kampung Poring. 23 Julai 2020.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my