Kajian Futuristik Barat dan Alternatif Islam: Analisis Konseptual Futuristic Study in Western Thought and Islamic Alternative: A Conceptual Analysis

Authors

  • HERNAWATI NASIR Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • SURAYA SINTANG Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v26i.1058

Keywords:

Futuristik, peradaban, pemikiran, perubahan, tazkiyah. Future study, human civilization.

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan menghuraikan kajian futuristik atau kajian masa depan berdasarkan kerangka pandangan Barat dan bagaimana Islam menawarkan Alternatif Masa Depan bagi menyeimbangi keperluan peradaban manusia. Kajian masa depan merupakan satu disiplin ilmu yang menjelaskan bahawa masa depan merupakan satu objek kajian dengan mengambil kira masa kini adalah inti pati permulaan melalui proses mengenal pasti dan memahami fenomena dan proses perubahan yang berlaku pada masa kini yang berlanjutan sehingga masa depan. Perkara ini dihuraikan melalui metode kajian analisis kandungan teks dengan memfokuskan perbincangan pemikiran Barat dan Muslim, iaitu Alvin Toffler dan Ziauddin Sardar. Hasil kajian awal mendapati kerangka konseptual kajian futuristik Barat membangunkan kesedaran terhadap impak kuasa ejen perubahan masa kini, iaitu sains dan teknologi yang menghasilkan tekanan dalaman, kecelaruan, kekeliruan dan kejutan. Alternatif kajian masa depan Islam pula menawarkan strategi futuristik dengan pengamalan saripati Sistem Hierarki Kesedaran, iaitu Tazkiyah sebagai penjanaan kesedaran yang merangkumi kesedaran diri, masyarakat dan manusia global. Syariah menjadi asas mekanisme dalam Projek Umran dan proses ijtihad Sistem Warrd bagi pembangunan tamadun Islam pada masa depan. Hasil kajian menunjukkan cabaran masa depan perlu ditangani dengan kaedah penyelesaian yang berupaya membentuk nilai kebersamaan dalam peradaban manusia.

The purpose of this paper is discussing the futuristic studies in accordance to the Western thought and how Islamic perspective provides the alternative for the future of human civilization. A future study is one of the disciplines which explains the future as an object to be studied and the present is the beginning to identify the phenomenon and its current change by the future. This has been done through contextual analysis with the primary focus on the Western and Muslim prominent thinkers who are Alvin Toffler and Ziauddin Sardar. The early findings showed that the Western thought of future studies develops the awareness on the impact of science and technology on human development which causes pressure, disorder, confusion and future shock. The Islamic alternative future studies offer the strategy with the system of consciousness, namely Tazkiyah which includes the consciousness of self, society and global mankind. Syariah becomes the main method for the Umran project and ijtihad for the development of Muslim civilization in the future. The finding shows that the challenge for the future needs to be tackled using ways that are able to form common values for human civilization.

Downloads

Published

2017-12-30

How to Cite

NASIR, H., & SINTANG, S. (2017). Kajian Futuristik Barat dan Alternatif Islam: Analisis Konseptual Futuristic Study in Western Thought and Islamic Alternative: A Conceptual Analysis. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 26. https://doi.org/10.51200/manu.v26i.1058

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 598 | Total Downloads: 900