Penggunaan Bosoon dan Herba bagi Merawat Sakit Perut dalam Masyarakat Bajau Sama’ di Daerah Tuaran, Sabah ~ The Use of Bosoon and Herbs for Treating Stomach Ache in the Bajau Sama’ Community of the Tuaran District, Sabah

Authors

  • SABRAN BIN KIBONG Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
  • ASMIATY AMAT Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
  • LOKMAN ABD SAMAD Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v26i.1060

Keywords:

Bajau, Tuaran, perubatan tradisi, bosoon, herba, penyakit. ~ Bajau, traditional medicine, herbs, disease.

Abstract

Etnik Bajau Sama’ yang ramai tinggal di bahagian pantai barat Sabah khususnya di daerah Tuaran memiliki kaedah perubatan tradisional yang diwarisi dari generasi ke generasi. Kajian lapangan dilakukan di tiga lokasi daerah Tuaran, iaitu Kampung Sungai Damit, Kampung Suang Perumahan, Mengkabong dan Kampung Tembilok, Mengkabong. Artikel ini bertujuan untuk meneliti tatacara perubatan tradisi etnik Bajau Sama’ dengan menumpukan kepada bosoon atau mantera dan penggunaan herba dalam merawat sakit perut. Kedua, makalah bertujuan untuk meninjau sama ada amalan tradisi ini dipengaruhi oleh masyarakat Bajau di dalam kampung yang berbeza atau tidak berdasarkan jenis penyakit yang dihidapi pesakit. Konsep folk medicine atau folk belief digunakan sebagai kerangka konsep untuk melihat tatacara dan kaedah perubatan tradisi etnik ini. Amalan perubatan ini hanya dilakukan oleh golongan tua kerana sebahagian besar generasi muda tidak tahu tentang amalan tradisi ini. Oleh itu, kajian ini secara tidak langsung memaparkan kepakaran etnik Bajau Sama’ dalam amalan perubatan tradisi dan membuktikan kearifan tempatan etnik peribumi Sabah serta menjadi tatapan umum masyarakat akan datang.

The Bajau Sama’ ethnic, who lives along the West Coast of Sabah especially in Tuaran district, inherits the traditional medicinal practice from generation to generation. Field research was conducted in three different locations in Tuaran district, which are Kampung Sungai Damit Tuaran, Kampung Suang Perumahan, Mengkabong and Kampung Tembilok, Mengkabong. This paper aims to examine the traditional medicine of the Bajau Sama’ by focusing on the bosoon or mantra and the usage of herbs in treating stomach ache. Secondly, it observes whether the traditional practice is influenced by the Bajau community in different regions based on the patient’s illness. The folk medicine or folk belief concept is used as the conceptual framework to observe the procedures and methods of the traditional medicinal practices of the ethnic. The traditional medicinal practice is only done by the older generation as the young generation is not exposed to such practice. Therefore, this research shows the expertise of the Bajau Sama’ ethnic in traditional medicinal practice and proves the capability of the local wisdom of Sabah’s indigenous ethnic. This paper also serves as a reference for the future generations.

Downloads

Published

2017-12-30

How to Cite

KIBONG, S. B., AMAT, A., & ABD SAMAD, L. (2017). Penggunaan Bosoon dan Herba bagi Merawat Sakit Perut dalam Masyarakat Bajau Sama’ di Daerah Tuaran, Sabah ~ The Use of Bosoon and Herbs for Treating Stomach Ache in the Bajau Sama’ Community of the Tuaran District, Sabah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 26. https://doi.org/10.51200/manu.v26i.1060

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 865 | Total Downloads: 1975