Pengaruh Pendidikan Asas Vokasional terhadap Kebolehkerjaan Murid Sekolah Menengah Harian di Sabah ~ The Impact of Basic Vocational Education on the Employability of Secondary School Students in Sabah

Authors

  • GHAZALI @ HASSAN SULAIMAN Institut Perguruan Kampus Tawau Km 36, Jalan Balung 91009 Tawau, IPG Kampus Tawau, Sabah,
  • ABDUL SAID AMBOTANG Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Jln. UMS, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v26i.1068

Keywords:

Pendidikan Asas Vokasional (PAV), kebolehkerjaan, institusi kemahiran, kerjaya, kompeten. ~ Basic Vocational Education, employability, skill training institution, career, competent.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh Pendidikan Asas Vokasional (PAV) terhadap kebolehkerjaan murid di sekolah menengah harian yang terpilih di Sabah sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian di institusi kemahiran ataupun untuk menyediakan pelajar memasuki alam pekerjaan. Di samping itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap perbezaan kemahiran vokasional, strategi pembelajaran dan kebolehkerjaan dalam kalangan murid PAV, mengenal pasti perbezaan kebolehkerjaan murid PAV berdasarkan demografi dan mengenal pasti pengaruh faktor penyumbang, iaitu kemahiran vokasional dan strategi pembelajaran terhadap kebolehkerjaan murid PAV. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran vokasional dan strategi pembelajaran adalah sederhana tinggi, manakala tahap kebolehkerjaan dalam kalangan murid PAV adalah tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi kebolehkerjaan murid PAV berdasarkan jantina. Dari segi bangsa dan kursus pula, tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada kebolehkerjaan murid PAV. Dari aspek faktor peramal kajian, mendapati terdapat pengaruh yang signifikan bagi faktor penyumbang kemahiran vokasional dan strategi pembelajaran terhadap kebolehkerjaan murid PAV. Implikasi kajian ini mencadangkan supaya penekanan terhadap kebolehkerjaan dalam kalangan murid PAV perlu sentiasa ditingkatkan dan peluang pelajar PAV untuk melanjutkan pengajian di institusi kemahiran yang lebih tinggi diperluaskan, Selain itu, kebolehkerjaan pelajar PAV juga perlu terserlah semasa memasuki pasaran kerjaya untuk menarik minat industri dalam mendapat tenaga kerja yang mempunyai nilai kebolehkerjaan yang tinggi dan kompeten.

This study aims to identify the influence of Basic Vocational Education (PAV) on the employability of students in selected secondary schools in Sabah in preparing the students to study at skill training institutions or for the workplace. In addition, this study serves to identify the levels of vocational skills, learning strategies and employability among PAV students, differences of PAV students’ employability based on demographic particulars and the influence of contributing factors, i.e. vocational skills and learning strategies on PAV students’ employability. The findings showed that there were significant differences in employability among PAV students based on gender. While in terms of race and course were taken, there was no significant difference in the level of employability among PAV students. In terms of predictive factors, the results showed that vocational skills and learning strategies are significant contributing factors that influence PAV student’s employability. The implications of this study is to always increase the emphasis on employability among PAV students and broaden the opportunities for PAV students to further their studies at skill training institutions at a higher level. Moreover, employability among PAV students should also be evident when entering the job market in order to attract the industry in getting manpower with high employability value and that are competent.

Downloads

Published

2017-12-30

How to Cite

HASSAN SULAIMAN, G. @, & AMBOTANG, A. S. (2017). Pengaruh Pendidikan Asas Vokasional terhadap Kebolehkerjaan Murid Sekolah Menengah Harian di Sabah ~ The Impact of Basic Vocational Education on the Employability of Secondary School Students in Sabah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 26. https://doi.org/10.51200/manu.v26i.1068

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 915 | Total Downloads: 2923