Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah

Authors

  • Fadilah Sarbi

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v22i.12

Abstract

Persempadanan memainkan peranan penting dalam perkembangan dunia, tanpa mengira jenis sempadan yang ada, sama ada pilihan raya negeri atau negara. Artikel ini akan membincangkan tentang konstruk persempadanan pilihan raya yang memfokuskan kepada persempadanan etnik mengikut pembahagian kawasan pilihan raya. Kajian telah dilakukan di negeri Sabah dengan membandingkan dua persempadanan pilihan raya yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) iaitu pada tahun 1994 dan 2004. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat kedudukan kerusi atau sempadan pilihan raya, sama ada dilakukan berdasarkan kumpulan etnik atau sebaliknya. Data yang diguna pakai dalam kajian ini bersifat sekunder, iaitu data persempadanan pilihan raya yang dikeluarkan pada tahun 1994 dan 2004, data penduduk Sabah keseluruhannya berdasarkan daerah pentadbiran dan kumpulan etnik tahun 1990 dan 2000. Data-data yang digunakan dalam kajian adalah daripada SPR, Jabatan Perangkaan dan Laporan Rancangan Malaysia ke-8. Kajian telah menggunakan aplikasi GIS (Sistem Maklumat Geografi) sebagai alat bantu dalam penganalisisan data ruangan yang berkaitan. Pertambahan penduduk merupakan indikator jelas menyebabkan pertambahan kerusi pilihan raya secara keseluruhannya. Dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan secara jelas bahawa etnik memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sempadan yang dilakukan biarpun tidak dinyatakan secara jelas. Kertas kerja ini memberi fokus kepada etnik majoriti di negeri Sabah, iaitu etnik Kadazandusun dalam persempadanan etnik di negeri ini. Jelas melalui kajian ini, penerapan konsep racial gerrymandering iaitu memberi kelebihan kepada sesuatu etnik bagi konstruk persempadanan telah diaplikasikan di Malaysia.

Downloads

Published

2016-01-22

How to Cite

Sarbi, F. (2016). Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 22. https://doi.org/10.51200/manu.v22i.12

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 321 | Total Downloads: 224