KESALAHAN HUDUD DALAM NASKHAH SULALATUS SALATIN

Hudud Offences in the Text of Sulalatus Salatin

Authors

  • SALIHAHS BINTI RAZAK
  • ARBA’IE BIN SUJUD

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v27i.1306

Abstract

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pelaksanaan hukuman terhadap kesalahan hudud berpandukan al-Quran dan Hadis dalam naskhah Sulalatus Salatin yang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad. Hukum hudud merupakan undang-undang yang dibuat oleh Allah SWT untuk menyekat tindak tanduk manusia daripada melakukan perbuatan yang dilarang. Kecenderungan kajian ini bertitik tolak daripada kemunculan agama Islam dalam pemerintahan masyarakat Melayu Melaka. Dengan munculnya agama Islam, maka undang-undang yang diperuntukkan turut dipengaruhi oleh unsur Islam yang menimbulkan persoalan sejauh manakah hukum Islam tersebut dilaksanakan. Objektif kajian ini bertunjangkan pada hukuman terhadap kesalahan hudud yang dikesan dalam naskhah Sulalatus Salatin sama ada dilaksanakan atau sebaliknya. Hukuman bagi kesalahan hudud adalah berpaksikan al-Quran mahupun hadis untuk menilai tahap pelaksanaan undang-undang berdasarkan peristiwa yang dikesan dalam naskhah Sulalatus Salatin. Hasil kajian mendapati terdapat empat kesalahan yang melibatkan hukum hudud dalam naskhah Sulalatus Salatin, iaitu kesalahan mencuri, merompak, meminum arak dan berzina yang juga dihubungkan dengan naskhah Undang-Undang Melaka yang diselenggarakan oleh Liaw Yock Fang. Dapatan juga menunjukkan bahawa kewajipan dalam melaksanakan hukuman bagi kesalahan hudud yang ditetapkan dalam al-Quran dan Hadis tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya dalam naskhah Sulalatus Salatin.

Kata kunci: Pelaksanaan, hukum hudud, al-Quran, Sulalatus Salatin, Undang-Undang Melaka.

 

Abstract

This study aims to evaluate the level of law execution on hudud offences according to the Qur’an and Hadith in Sulalatus Salatin by A. Samad Ahmad. Hudud is law created by Allah SWT for the purpose of preventing man from committing forbidden deeds. This study focuses on the emergence of the Islamic faith during the era of the Melaka Malay Kingdom which saw the then existing law being influenced by Islamic elements. This therefore raises the question of the extent in which Islamic law was implemented then. The objective of this study is to ascertain whether Hudud penalties as outlined in Sulalatus Salatin were implemented. The penalty for Hudud offences, based on the Qur’ran and Hadith, is used to determine the extent of hudud law implementation on infringements found in Sulalatus Salatin. Findings of the study identified four offences in Sulalatus Salatin which involved hudud law: theft, robbery, consuming alcohol and adultery which is also linked to Undang-undang Melaka by Liaw Yock Fang. The findings revealed that the execution of hudud law on hudud offences as determined by the Qur’an and Hadith was not implemented in its entirely in Sulalatus Salatin.

Keywords: Implementation, Hudud Law, Quran, Sulalatus Salatin, Undang-Undang Melaka.

 

Author Biographies

SALIHAHS BINTI RAZAK

Jabatan Bahasa Melayu,

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

43400 Universiti Putra Malaysia,

Serdang, Selangor

ARBA’IE BIN SUJUD

Jabatan Bahasa Melayu,

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

43400 Universiti Putra Malaysia,

Serdang, Selangor

Downloads

Published

2018-09-07

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 1148 | Total Downloads: 5798