PENGLIBATAN PERTUBUHAN SUKARELA WANITA DALAM PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI WANITA DI SABAH, 1968–1998

The Involvement of Women’s Voluntary Organizations in the Socio-Economic Development Programme of Sabah Women, 1968–1998

Authors

  • SITI AIDAH BINTI HJ. LUKIN @ LOKIN
  • ARBA’IYAH MOHD NOOR

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v27i.1315

Abstract

Artikel ini memberi fokus kepada penglibatan pertubuhan sukarela wanita dalam program pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah dari tahun 1968 sehingga 1998. Pertubuhan sukarela wanita yang dimaksudkan ialah Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) dan Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA), iaitu dua buah pertubuhan sukarela wanita yang terkenal di Sabah dan keahliannya terbuka kepada kaum wanita pelbagai etnik serta agama. Selepas kemerdekaan Sabah pada 1963, negeri ini telah menyaksikan pelbagai program yang dirancang oleh pihak kerajaan dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat termasuklah usaha membangunkan kaum wanitanya. Dalam tempoh 1968–1998, PPS dan PEWASA begitu giat melibatkan kaum wanita dalam program-program pembangunan sosioekonomi wanita. Penglibatan kedua-dua pertubuhan sukarela wanita ini dalam pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah dapat dikesan menerusi kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini dari semasa ke semasa meliputi program-program pembangunan wanita dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Maklumat tentang penglibatan PPS dan PEWASA dalam program-program pembangunan sosioekonomi wanita ini diperoleh daripada laporan-laporan kegiatan pertubuhan, fail-fail persendirian, laporan akhbar dan temu bual dengan pemimpin pertubuhan berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua pertubuhan ini menjadi salah satu saluran penting yang memudahkan agenda pembangunan sosioekonomi pihak kerajaan sampai kepada kumpulan sasaran iaitu kaum wanita Sabah. Menerusi kajian ini juga akan dapat mengetengahkan kepada umum tentang penglibatan pertubuhan sukarela wanita dalam program pembangunan sosioekonomi wanita di samping membantu pihak kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan yang berterusan terhadap golongan wanita di Sabah.

Kata kunci: Pertubuhan sukarela, program pembangunan, sosioekonomi, Wanita Sabah.

This article focuses on the involvement of voluntary women organisations in socio-economic development programmes for women in Sabah from 1963 to 1998. The organisations focused on this article are Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) and Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA), two well-known voluntary women organisations in Sabah with their membership open to women from various ethnicities and religious beliefs. After independence in 1963, Sabah witnessed numerous government programmes to develop the socio-economy of various communities in Sabah including efforts to develop the women community. From 1968 to 1998, PPS and PEWASA actively encouraged women to participate in socioeconomic development programmes targeted for them. The involvement of these two organisations in developing the socio-economy of women are reflected in their activities such as development programmes economy, education, and health. Data related to PPS and PEWASA’s involvement in these programmes were collected from reports on their activities, private files, newspaper reports, and interviews with their leaders or Executive Committee members. The findings reveal that these two organisations have become important channels which facilitate the development of the socioeconomy agenda planned and implemented by the government to reach the women community of Sabah. Through this study, the public is made aware of the involvement of voluntary women organisations in socio-economic development programmes for women and their support to the government in implementing a continuous agenda of developing the women community in Sabah.

Keywords: Voluntary organisations, development programmes, socioeconomy, Sabah Women.

Author Biographies

SITI AIDAH BINTI HJ. LUKIN @ LOKIN

Pusat Penataran Ilmu & Bahasa,

Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu

ARBA’IYAH MOHD NOOR

Jabatan Sejarah,

Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur

Downloads

Published

2018-09-05

How to Cite

HJ. LUKIN @ LOKIN, S. A. B., & MOHD NOOR, A. (2018). PENGLIBATAN PERTUBUHAN SUKARELA WANITA DALAM PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI WANITA DI SABAH, 1968–1998: The Involvement of Women’s Voluntary Organizations in the Socio-Economic Development Programme of Sabah Women, 1968–1998. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 27, 147–168. https://doi.org/10.51200/manu.v27i.1315

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 825 | Total Downloads: 617