KAJIAN TERHADAP PENGURUSAN KESELAMATAN PEKERJA DI PERBADANAN STADIUM HANG JEBAT

A Study on Workplace Safety Management at Stadium Hang Jebat

Authors

  • ZULKIFLY BIN TAMBY OMAR
  • WIRDATI MOHD RADZI

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v28i.1585

Abstract

Abstrak 

Penekanan terhadap kepentingan keselamatan yang berkesan adalah amat penting untuk kecemerlangan sesebuah organisasi (Overheul, 2001). Pelbagai faktor luaran dan dalaman organisasi yang sering kali berubah mendorong pihak organisasi agar peka dengan ancaman persekitaran. Di tempat kerja, kajian tentang isu keselamatan pekerja menjadi satu perbincangan yang serius dari semasa ke semasa (Cox & Cheyne, 2000). Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap keselamatan pekerja, faktor dominan yang mempengaruhi pekerja untuk mengabaikan keselamatan dan tahap kesediaan organisasi terhadap sebarang kejadian kemalangan. Kajian ini melibatkan 70 orang responden yang bertugas di bawah Perbadanan Stadium Hang Jebat, Melaka. Bagi memperoleh data kajian, kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik telah diedarkan kepada responden. Data dianalisis menggunakan program IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) statistic versi 24. Kaedah analisis berbentuk deskriptif seperti kekerapan, peratusan dan min digunakan bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap keselamatan di lokasi kajian adalah memuaskan kerana kempen dan aktiviti yang berkaitan dengan keselamatan sentiasa dilaksanakan. Sementara itu, tahap kesediaan organisasi dalam menghadapi kemalangan di tempat kerja berada pada tahap yang baik kerana penggubalan polisi keselamatan berkait rapat dengan suasana kerja. Cuaca panas yang melampau dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang menyebabkan para pekerja mengabaikan aspek keselamatan di tempat kerja. 

Kata kunci: Keselamatan, tempat kerja, pengurusan, pekerja, amalan.

Abstract

Emphasizing on effective workplace safety is crucial for organizational excellence (Overheul, 2001). Changes in external and internal factors encourage the organization to be aware of environmental threats. In the workplace, studies on employee safety become a serious discussion across the world (Cox & Cheyne, 2000). Hence, this study is conducted to identify the level of employee’s safety, the dominant factors affecting employees to neglect the safety and the level of organizational readiness against any incidents. This study involved 70 respondents who were under the Stadium Hang Jebat Corporation, Melaka. A questionnaire was distributed to respondents to obtain the data. The data was analysed using the Statistical Package For Social Science (SPSS) Statistic version 24. Descriptive analysis methods such as frequency, percentage and mean were used to answer the objective of the study. The results showed that the safety level was satisfactory and the readiness of the organization to deal with workplace accidents was at a good level. Extreme hot weather has been identified as one of the factors that causes workers to ignore safety at workplace.

Keywords: Safety, workplace, management, workers, practice.

Author Biographies

ZULKIFLY BIN TAMBY OMAR

Pusat Sukan, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 Kuala Lumpur.

 

WIRDATI MOHD RADZI

Pusat Sukan, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 Kuala Lumpur.

 

 

Downloads

Published

2018-12-24

How to Cite

TAMBY OMAR, Z. B., & MOHD RADZI, W. (2018). KAJIAN TERHADAP PENGURUSAN KESELAMATAN PEKERJA DI PERBADANAN STADIUM HANG JEBAT: A Study on Workplace Safety Management at Stadium Hang Jebat. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 28, 91–108. https://doi.org/10.51200/manu.v28i.1585

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 1312 | Total Downloads: 2829