BAHASA TIDUNG PULAU SEBATIK: SATU TINJAUAN DINI

The Sebatik Island Tidung Language: A Preliminary View

Authors

  • SAIDATUL NORNIS HJ. MAHALI Pusat Penyelidikan Pulau-Pulau Kecil, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah��

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v30i.1773

Keywords:

Bahasa Tidung, orang Tidung, Pulau Sebatik, inventori fonem, perbandingan, Tidung language, Tidung people, Sebatik Island, phoneme inventory, comparison

Abstract

ABSTRAK

Bahasa Tidung merupakan salah satu bahasa yang dituturkan di Sabah. Memandangkan belum ada sebarang tulisan yang memerihalkan bahasa Tidung Sabah, maka perbincangan dalam makalah ini hanya akan memfokuskan tentang inventori fonem dan leksikal asas bahasa Tidung. Data bahasa Tidung dalam perbincangan ini merupakan hasil kerja lapangan di Pulau Sebatik, Tawau. Pulau Sebatik boleh dihubungi dari jeti di Bandar Tawau ke jeti di Kampung Bergosong dengan masa perjalanan sekitar 15 ke 20 minit. Pulau ini didominasi oleh orang-orang Bugis, Tidung dan Bajau yang menjadikan laut sebagai salah satu sumber kehidupan mereka. Perbincangan dalam makalah ini merupakan hasil kerja lapangan di Pulau Sebatik yang menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian ikut serta. Seramai 20 orang informan telah ditemu bual untuk mendapatkan gambaran umum tentang bahasa Tidung di pulau itu. Namun, hanya dua orang responden khusus ditemu bual untuk mendapatkan data asas bahasa Tidung. Kedua-dua responden itu dipilih kerana mereka berusia lanjut, tidak bekerja di luar pulau, suri rumah serta hanya menerima pendidikan asas pada zaman British sahaja. Justeru, mereka sesuai dijadikan sebagai responden bahasa Tidung. Hasil analisis data yang sangat asas itu, maka dapat dirumuskan bahawa bahasa Tidung mempunyai ikatan erat dengan bahasa-bahasa di bawah rumpun Murutik dan Dusunik. Namun, kajian lanjutan perlu dilakukan agar semua aspek linguistik bahasa ini dapat dipaparkan kepada khalayak penutur bahasa di Malaysia. Makalah ini diharap dapat dijadikan sebagai catatan dan dokumentasi awal tentang bahasa masyarakat ini. 

 

ABSTRACT

Tidung language is one of the spoken languages in Sabah. Since there has not been many written documents that describe the Tidung language in Sabah, this paper focuses on the introduction of the basic Tidung phonemic and lexical inventory. The data in this discussion was collected from the fieldwork in Sebatik Island in Tawau. Sebatik Island can be reached from the jetty in the city of Tawau to the jetty in Bergosong Village in about 15 to 20 minutes. The island is inhabited and dominated by the Bugis, Tidung and Bajau people who utilise the sea as their source of living. The discussion and analysis in this paper were based on interview and observation methods. A total of 20 informants were interviewed in order to gather a general idea of the Tidung spoken language in the island, but only two respondents were specifically interviewed to obtain the basic data of the Tidung language. Both respondents were chosen because they were elderly and were not working outside the island. Also, they were housewives who only received basic education during the British era. Therefore, they were suitable respondents for the Tidung language. An analysis of the findings showed that the Tidung language is closely related to the languages under the Murutic and Dusunic Phylum. However, further studies need to be undertaken in order to substantiate this finding, so that all aspects of the Tidung linguistics can be displayed to the Malaysian speakers. This paper hopes to serve as an early document and documentation of the language of the Tidung people in Sebatik Island. 

Published

2019-12-18

How to Cite

HJ. MAHALI, S. N. (2019). BAHASA TIDUNG PULAU SEBATIK: SATU TINJAUAN DINI: The Sebatik Island Tidung Language: A Preliminary View. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 30, 79–102. https://doi.org/10.51200/manu.v30i.1773

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 579 | Total Downloads: 2824