KES-KES PENGANGKATAN ANAK DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

Child Adoption Cases in Sabah Syariah Courts

Authors

  • NOORYASMENSHARINI ABAS
  • SURAYA SINTANG

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v29i.1875

Keywords:

Mahkamah Syariah Negeri Sabah, kuasa eksklusif, anak angkat, permohonan pengangkatan anak, perundangan Islam, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah, Sabah Syariah Court, exclusive jurisdiction, adopted child, Application of Child Adoption, Islamic law, Department of Syariah Judiciary Sabah

Abstract

Abstrak Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah tahun 2004 memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah Negeri Sabah berbidang kuasa memutuskan Permohonan Pengangkatan Anak oleh orang Islam. Peruntukan undang-undang ini telah memberikan kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah di negeri Sabah kerana tidak ada negeri di Malaysia yang memperuntukkan kuasa sedemikian kepada Mahkamah Syariah, selain daripada negeri Sabah. Peringkat Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa memutuskan Permohonan Pengangkatan Anak oleh orang Islam di negeri Sabah adalah Mahkamah Tinggi Syariah. Bersesuaian dengan kuasa eksklusif tersebut, maka objektif kajian ini adalah bagi mengkaji kes-kes Permohonan Pengangkatan Anak yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah negeri Sabah dan mencadangkan penambahbaikan dalam prosedur yang sedia ada. Metode pengumpulan data kajian ini adalah kajian dokumentasi melalui kes-kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah di negeri Sabah dan juga wawancara terhadap pegawai yang terlibat. Hasil kajian ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat Islam di negeri Sabah dalam memahami proses Permohonan Pengangkatan Anak oleh orang Islam yang dikendalikan oleh Mahkamah Syariah negeri Sabah.

Abstract  Under the Sabah Syariah Courts Enactment 2004, the Sabah State Syariah Court has exclusive jurisdiction of all actions and proceedings pertaining to the Application of Child Adoption by Muslims. No other state in Malaysia provides their Syariah courts with similar exclusive provisions in matters pertaining to child adoption for Muslims. This study examines child adoption cases that had been decided by the Sabah State Syariah Courts and proposes improvements to the current procedures. Data collection for this study relied on (i) analysis of documents on cases registered with the Sabah State Syariah Courts and (ii) interviews with the relevant officers. The outcome of this study seeks to provide insights to Muslims in Sabah on the processes of child adoption application under the jurisdiction of the Sabah State Syariah Courts.

Author Biographies

NOORYASMENSHARINI ABAS

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,

Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu

 

SURAYA SINTANG

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,

Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu

Downloads

Published

2019-06-27

How to Cite

ABAS, N., & SINTANG, S. (2019). KES-KES PENGANGKATAN ANAK DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH: Child Adoption Cases in Sabah Syariah Courts. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 29. https://doi.org/10.51200/manu.v29i.1875

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 745 | Total Downloads: 1551