MANIFESTASI AGAMA DALAM FILEM ‘TALENTIME’ ARAHAN YASMIN AHMAD: SATU ANALISIS MENURUT KERANGKA TAKLIF

Religious Manifestations in the Film ‘Talentime’ Directed by Yasmin Ahmad: An Analysis Based on the Framework of Taklif

Authors

  • NURUL ATIRA TONYA
  • ZULKIFLI MOHAMMAD
  • MOHD. ZARIAT ABDUL RANI

DOI:

https://doi.org/10.51200/manu.v29i.1881

Keywords:

Filem, Malaysia, Talentime, Yasmin Ahmad, Islam, taklif, Film

Abstract

 Abstrak

Kajian ini bertitik tolak daripada ulasan-ulasan terhadap filem ‘Talentime’ arahan Yasmin Ahmad yang diterbitkan dari tahun 2009 oleh Primeworks Studios dengan kerjasama Chilli Pepper. Ulasan-ulasan ini antara lain membangkitkan isu berkenaan manifestasi-manifestasi berkaitan agama yang dianggap mencerminkan realiti masyarakat di Malaysia. Berkaitan isu tersebut, kajian ini mengenal pasti dua jalur pendirian yang saling bertentangan yang mengisi ulasan-ulasan tersebut. Pertama, jalur pendirian yang menganggap bahawa manifestasi-manifestasi berkaitan agama dalam filem ini sejajar dengan agama Islam. Kedua, jalur pendirian yang menganggap bahawa manifestasi-manifestasi berkaitan agama itu bertentangan dengan ajaran Islam. Perbezaan jalur pendirian ini mengundang satu penelitian lanjut tentang manifestasi-manifestasi berkaitan agama Islam dalam filem ‘Talentime.’ Kajian ini menggariskan dua objektif, iaitu menganalisis manifestasi-manifestasi agama dalam filem ‘Talentime’ arahan Yasmin Ahmad, dan seterusnya merumuskan manifestasi-manifestasi tersebut berdasarkan kerangka taklif. Kajian ini menerapkan taklif sebagai kerangka analisis, sebagai satu kerangka yang berasaskan Islam. Taklif merujuk kepada kebertanggungjawaban manusia kepada Allah SWT yang lahir daripada janji asli manusia untuk mengabdikan diri hanya kepada Penciptanya. Dengan menerapkan kerangka taklif, kajian ini merumuskan bahawa manifestasi-manifestasi agama Islam dalam filem ‘Talentime’ adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

 

Abstract

This study is based on the reviews of ‘Talentime,’ a film directed by Yasmin Ahmad and produced in 2009 by Primeworks Studios in collaboration with Chilli Pepper. The reviews among others highlight issues of religious manifestations regarded as reflective of the reality of society in Malaysia. This study identifies two opposing standpoints in these reviews. The first standpoint proposes the religious manifestations in the film as being in line with Islam. The second standpoint on the other hand asserts that these manifestations are contrary to Islamic teachings. These opposing standpoints point to a need for further examination on the religious manifestations pertaining to Islam in the film. This study outlines two objectives i.e. to analyse the religious manifestations in Yasmin Ahmad’s ‘Talentime,’ and subsequently summarise these based on taklif, an analytical framework based on Islam. Taklif refers to man's accountability to Allah SWT which originates from his primordial covenant to submit solely to his Creator. Based on the taklif framework, this study concludes that the religious manifestations in ‘Talentime’ are contrary to the teachings of Islam.

Author Biographies

NURUL ATIRA TONYA

 Jabatan Bahasa Melayu,

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia,

43400 Serdang,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

ZULKIFLI MOHAMMAD

 

 Jabatan Bahasa Melayu,

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia,

43400 Serdang,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

MOHD. ZARIAT ABDUL RANI

 Jabatan Bahasa Melayu,

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia,

43400 Serdang,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Downloads

Published

2019-06-28

How to Cite

TONYA, N. A., MOHAMMAD, Z., & ABDUL RANI, M. Z. (2019). MANIFESTASI AGAMA DALAM FILEM ‘TALENTIME’ ARAHAN YASMIN AHMAD: SATU ANALISIS MENURUT KERANGKA TAKLIF: Religious Manifestations in the Film ‘Talentime’ Directed by Yasmin Ahmad: An Analysis Based on the Framework of Taklif. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 29. https://doi.org/10.51200/manu.v29i.1881

Issue

Section

Artikel/Article
Total Views: 535 | Total Downloads: 728